Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cu.tan] | ڤنچوتن

Definisi : (air dll) yg memancut: tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn ~ air; ~ angin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cu.tan] | ڤنچوتن

Definisi : air dll yg keluar dgn memancut: ~ air itu berbunyi dan drpd bunyi itulah terdapatnya nama Zamzam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancur
Kata Terbitan : memancur, terpancur, pancuran, pancut, memancut, memancutkan, terpancut, pancutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah perbezaan antara 'pancutan air' dengan 'pancuran air'? Bolehkah tuan/puan berikan penerangan yang lebih jelas? Terima kasih.Pancut dan pancur, kedua-duanya bermaksud air yang keluar, namun perbezaan yang dapat dilihat ialah pancut menerangkan air yang keluar dengan deras kerana tekanan. Maka, frasa "pancutan air" dan "pancuran air" mesti melihat kepada konsep sebenar yang dimaksudkan.Tatabahasa14.07.2014
Apakah padanan kata "splash pad" dalam bahasa Melayu? "Splash pad" merupakan kawasan rekreasi dengan pancutan/semburan air (biasanya dari lantai) yang tidak bertakung yang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Terima kasih.
Menurut data kami, tiada istilah khusus bagi "splash pad" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan padanan yang sesuai bagi "splash pad" ialah "Kawasan percikan air rekreasi"
Istilah25.01.2017

Kembali ke atas