Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu me­nyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu mem­buat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pan­dai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1 lekas mengerti serta faham akan sesuatu yg diajarkan; tidak bodoh; cerdik: Dlm darjahnya, dialah yg paling ~. 2 tahu serta dpt melakukan sesuatu; mahir: Bapa saya ~ berbahasa Jerman. 3 orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan; tukang: ~ emas tukang emas. memandai-mandai berbuat sesuatu mengikut fikiran sendiri; berbuat sekehendak hati; berlagak pandai: Jika tidak tahu, tak usahlah ~. kepandaian keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Memasang jerat sudah lama,
     Dapat seekor burung nuri;
Saya pergi tiada lama,
     Pandai-pandai menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(146)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
highbrowadj (colloq) utk orang pandai-pandai: a ~ play, drama utk orang pandai-pandai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
highbrown (colloq) orang pandai-pandai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bat1off o’s own ~, (colloq) a. on o’s own initiative, atas /daya usaha, inisiatif/ sendiri, dgn /daya usaha, inisiatif/ sendiri; b. without approval from anyone, /pandai-pandai sendiri, memandai-mandai/ (sahaja): since you did it off your own ~ I will not pay for the extra cost, krn kamu melakukannya pandai-pandai sendiri sahaja, saya tdk akan membayar kos tambahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cleveradj 1. intelligent, pandai: a ~ student, seorang penuntut yg pandai; she is ~ at sums, dia pandai dlm kira-kira;2. skilful, pandai: ~ at embroidery, pandai menyulam; a ~ craftsman, seorang tukang yg pandai; 3. wise, bijak: a ~ decision, keputusan yg bijak; a ~ move, langkah yg bijak; 4. shrewd, pintar: he was too ~ for his opponent, dia terlalu pintar bagi lawannya; that was certainly ~ of him, pintar betul dia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mixer/good, bad / ~, (colloq) person who is good or bad at mixing with others, sso yg /pandai, tdk pandai/ bergaul: he is rather quiet and a bad ~at parties, dia agak pendiam dan tdk pandai bergaul dlm majlis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intelligentsian; usu the ~, cendekiawan, kaum intelektual, golongan /bijak pandai, cerdik pandai/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strong9. best, pandai: chemistry was always his ~ subject, dia memang pandai dlm mata pelajaran kimia; diplomacy was his ~ point, dia memang pandai berdiplomasi; 10. fit, kuat, sihat: soon she was ~ enough to sit up, tdk lama selepas itu, dia cukup kuat utk duduk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
good8. clever, talented, bagus, pandai; (in lying, making up stories, etc) pandai: he’s ~ at mathematics, dia bagus dlm matematik; a ~ pretender, orang yg pandai berpura-pura; 9. affording pleasure, seronok; (of news etc) baik: it’s ~ to be home again, alangkah seronoknya berada di rumah semula; have a ~ time, seronok: we had a ~ time at the party, kami seronok di majlis itu; 10. opportune, baik, sesuai: it is a ~ time to ask him for a loan, inilah masa yg baik utk meminjam wang daripadanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strong 8. also ~ on, a. good at doing st, pandai: cooking is where I’m ~, saya memang pandai memasak; they are very ~ on western dishes in this restaurant, orang-orang di restoran ini memang pandai menyediakan makanan barat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
poorly2.not done skilfully, tdk (berapa) pandai: I can speak a bit of German but only ~, saya boleh bercakap sedikit-sedikit dlm bahasa Jerman tetapi saya tdk berapa pandai; she plays tennis ~, dia tdk berapa pandai bermain tenis; 3. very little, a. (of sleep) tdk [tidur] nyenyak: because of the heat, I’ve been sleeping very ~ lately, kerana panas saya tdk dapat tidur nyenyak kebelakangan ini; b. (of eating) tdk berselera: children sometimes eat ~ but there’s noKamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas