Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu me­nyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu mem­buat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pan­dai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1 lekas mengerti serta faham akan sesuatu yg diajarkan; tidak bodoh; cerdik: Dlm darjahnya, dialah yg paling ~. 2 tahu serta dpt melakukan sesuatu; mahir: Bapa saya ~ berbahasa Jerman. 3 orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan; tukang: ~ emas tukang emas. memandai-mandai berbuat sesuatu mengikut fikiran sendiri; berbuat sekehendak hati; berlagak pandai: Jika tidak tahu, tak usahlah ~. kepandaian keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Memasang jerat sudah lama,
     Dapat seekor burung nuri;
Saya pergi tiada lama,
     Pandai-pandai menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(146)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
medan orang pandai-pandailingkungan pergaulan orang pandai-pandai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
medan/médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
orang pandai-pandaiorang yg terpelajar (berilmu);Kamus Dewan Edisi Keempat
kaum terpelajargolongan orang pandai-pandai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ahli fikirorang yg pandai-pandai; ahli falsafah;Kamus Pelajar Edisi Kedua
sarjana1. orang yg pandai-pandai (bijak), ahli dlm ilmu pengetahuan, cendekiawan; 2. gelaran orang yg telah melengkapi pelajaran di universiti (telah mendapat ijazah); ~ muda gelaran orang yg telah mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana); kesarjanaan 1. pengetahuan dan ke­mampu-an seseorang sarjana, kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yg ber-kaitan dgn sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dlm perkem-bangan dan ~ Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
hakim IIAr orang yg pandai-pandai, orang yg ahli (yg bijaksana).Kamus Dewan Edisi Keempat
pendeta(pendéta) 1. orang yg banyak ilmu (pandai-pandai); 2. orang yg ahli dlm agama Hindu (Kris­tian dll); 3. orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama); kependetaan 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaum terpelajar (cerdik, cendekia)golongan orang yg pandai-pandai;Kamus Dewan Edisi Keempat
orang halusa) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas