Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. mutiara kata atau kata mutiara kata 2. pendingin hawa atau penghawa dingin 3. uji pandu atau pandu uji

1. mutiara kata

2. Istilah yang betul ialah penyaman udara bukan pendingin hawa.

3. pandu uji 

Istilah12.05.2011
Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh1. Lori itu dipandu oleh Ali.
2. Lori itu telah terbabas.

Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas....

Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang".
Tatabahasa17.07.2013
assalamaualaiku. 1.Apakah nama yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi orang yang menjadi instruktors?atau adakah sesuai kita gunakan juru pandu senamrobik?byukankah instruktors itu dalam Bahasa Inggeris? 2.Apakah nama perkataan sesuai untuk untuk Bahasa Melayu bagi orang yang berdiri di hadapan memimpin koir,atau memimpin nyanyian@kumpulan muzik1. Padanan instruktor dalam bahasa Melayu ialah pengajar atau jurulatih. Jika yang berkaitan akademik dan kemahiran "pengajar" lebih sesuai digunakan, manakala yang berkaitan dengan kecergasan dan kesukanan "jurulatih" yang digunakan.
2. Pemimpin kumpulan koir atau pemimpin dan pemimpin kumpulan muzik.
Tatabahasa05.07.2012
Apakah padanan yang sesuai bagi istilah berikut: 1) Runaway train - Adakah "kereta api lari" padanan yang baik? Konteks https://en.wikipedia.org/wiki/Runaway_train 2) Drive-by shooting - Adakah "penembakan pandu lalu" padanan yang baik? Konteks https://en.wikipedia.org/wiki/Drive-by_shooting. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

1) Runaway train = kereta api luar kawalan
2) Drive-by shooting = penembakan gerak lalu
Istilah13.12.2018
1.(a)Kereta itu dipandu dengan laju oleh abang. (b)Kereta itu dipandu oleh abang dengan laju. Ayat yang manakah betul? Apakah perbezaan di antara ayat-ayat ini?Kereta itu dipandu dengan laju oleh abang. Kereta itu dipandu oleh abang dengan laju. Kedua-dua ayat tersebut betul dan sama maknanya, ayat pertama memberi penekanan kepada cara dilakukan (pandu dengan laju), manakala ayat kedua memberi penekanan kepada pelaku (dipandu oleh abang).Tatabahasa30.06.2009
istilah - istilah berikut dalam BM : 1. Pagar anti-climb 2. Wash bay (di tapak pembinaan) 3. Focal point 4. Ramp 5. Park and Ride 6. Smart Parking 7. Waste to Wealth 8. Electricity Smart Metering 9. Smart Bin 10. Rubble Pitching WallCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti climb fence ialah pagar anti panjat, wash bay ialah ruang cuci, focal point ialah titik fokus, ramp ialah tanjakan, park and ride ialah pandu dan rantau, smart parking ialah tempat letak kereta pintar, waste to wealth ialah sisa ke sumber, electricity smart metering ialah permeteran pintar elektrik, smart bin ialah tong pintar, dan rubble pitching wall ialah tembok mengunjam batu. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah23.07.2023
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris berikut, 1) Fixing strap, 2) Ribbed vault, 3) Navigation buoy. Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk fixing strap, ribbed vault dan navigation buoy dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk setiap perkataan seperti yang berikut:
1. fixing - ikat, pengekal, penetap, strap - tali, pita, bebat, sabuk
2. ribbed - beralur, berusuk, berbunga , vault - kekubah, bilik kebal
3. navigation - pandu arah, pengemudian, buoy - boya, pelampung
Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. 
Istilah01.10.2012

Kembali ke atas