Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal atau perbuatan memandu sesebuah kenderaan bermotor (kereta, moto­sikal dsb) seketika, terutamanya oleh bakal pembeli, utk menguji atau menilai apa-apa jua kelebihan atau kelemahannya: semua bakal pembeli diberi peluang melakukan ~ kereta model yg terbaru itu; memandu uji memandu sesebuah kenderaan bermotor, spt kereta dan motosikal, utk meng­uji atau menilai kelebihan atau kelemahan­nya, melakukan pandu uji: selepas ~ Jaguh, dia mendapati motosikal ini mudah dikendalikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal memandu sesebuah kenderaan bermotor (kereta, motosikal dsb) oleh bakal pembeli utk mengetahui kualitinya atau utk menilai kelebihan atau kekurangannya. memandu uji memandu sesebuah kenderaan bermotor (kereta, motosikal dsb) oleh bakal pembeli utk mengetahui kualitinya atau utk menilai kelebihan atau kekurangannya: Selepas ~ Savvy, dia mendapati kereta itu memang sesuai utknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. mutiara kata atau kata mutiara kata 2. pendingin hawa atau penghawa dingin 3. uji pandu atau pandu uji

1. mutiara kata

2. Istilah yang betul ialah penyaman udara bukan pendingin hawa.

3. pandu uji 

Istilah12.05.2011
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan.  

Tatabahasa24.07.2011

Kembali ke atas