Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.nel] | ڤانل

Definisi : 1. kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melakukan tugas tertentu: beliau dilantik menjadi ketua ~ jurulatih sepenuh masa; 3. kepingan kayu atau papan yg disambung-sambung dan digunakan utk menghias dinding. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.nel] | ڤانل

Definisi : /panél/ kumpulan orang yg dipilih utk memberi ceramah serta menjawab pertanyaan dll dlm sesuatu perjumpaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panel (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan kumpulan: ahli wawancara, ahli majlis,

2. Bersinonim dengan jawatankuasa: majlis, panitia, kelompok, sidang.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIPLEY, ROBERT LEROY

Ripley, Robert LeRoy (1893–1949) ialah

pelukis kartun Amerika Syarikat yang termasyhur

di seluruh dunia dengan panel kartunnya yang

dikenali sebagai “Believe It or Not”. Panel ini

mengesahkan keanehan dan faktor yang ganjil

dalam peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Di

puncak kepopularannya, jumlah pembaca “Believe

It or Not” dalam akhbar harian dianggarkan 80 juta

orang. Rencana itu juga mengandungi bahan

untuk syarahan, serta kehadiran Ripley sendiri

dalam pertunjukan di radio dan televisyen, buku,

filem, dan muzium.

UMUM 
PERJUDIAN BOLA SEPAK

Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk

perjudian yang popular di United Kingdom.

Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam

perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan

sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan

keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang

yang bermain judi ini mendengar dengan cemas

siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu

pada musim perlawanan bola sepak. Mereka

berharap telah membuat ramalan yang tepat dan

memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila

banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana

cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas

yang dikenali sebagai panel perjudian membuat

penetapan tentang keputusan yang mungkin

tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar

diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi

berasaskan keputusan panel tersebut.

UMUM 
PERBICARAAN

Perbicaraan ialah kaedah menyelesaikan

pertikaian di dalam mahkamah undang-undang

melalui kaedah lisan. Dalam kebanyakan kes,

setiap pihak yang bertelingkah menggunakan

khidmat peguam untuk mewakilkan

pandangannya, mengemukakan bukti, dan

menyoal para saksi. Kebanyakan perbicaraan

merupakan perbicaraan berjuri. Dalam

sesetengah perbicaraan, pihak defendan

dibicarakan oleh seorang hakim atau panel

hakim, dan bukannya juri.

UMUM 

Kembali ke atas