Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.nel] | ڤانل

Definisi : 1. kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melakukan tugas tertentu: beliau dilantik menjadi ketua ~ jurulatih sepenuh masa; 3. kepingan kayu atau papan yg disambung-sambung dan digunakan utk menghias dinding. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.nel] | ڤانل

Definisi : /panél/ kumpulan orang yg dipilih utk memberi ceramah serta menjawab pertanyaan dll dlm sesuatu perjumpaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panel (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan kumpulan: ahli wawancara, ahli majlis,

2. Bersinonim dengan jawatankuasa: majlis, panitia, kelompok, sidang.,



Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
linangkit MrSatu panel kain bermotif (motif dihasilkan melalui sulaman benang beraneka warna).Pakaian bagi kaum perempuan dinamakan nilimbungan yang rata-ratanya berwarna hitam, berwarna hitam, manakala kain sarongnya disebut sebagai nelangkit. Nilimbungan dan linangkit tersebut akan dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni seperti benang ros.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
olos belangkit Bj Smkain baldu hitam yang dihiasi satu panel kain bermotif (motif dihasilkan melalui sulaman benang beraneka warna).Olos Belangkit - sejenis kain hitam - sebaik-baiknya kain baldu yang dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna.Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas