Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.nel] | ڤانل

Definisi : 1. kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melakukan tugas tertentu: beliau dilantik menjadi ketua ~ jurulatih sepenuh masa; 3. kepingan kayu atau papan yg disambung-sambung dan digunakan utk menghias dinding. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.nel] | ڤانل

Definisi : /panél/ kumpulan orang yg dipilih utk memberi ceramah serta menjawab pertanyaan dll dlm sesuatu perjumpaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panel (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan kumpulan: ahli wawancara, ahli majlis,

2. Bersinonim dengan jawatankuasa: majlis, panitia, kelompok, sidang.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sensory panelpanel deriaMakanan dan PemakananTeknologi MakananKumpulan orang yang menilai makanan untuk ciri-ciri deria seperti rasa, bau, tekstur, dan rupa. Contohnya, panel pengguna, panel makmal dan panel pakar.
fielded panelpanel timbulKesenianHiasan DalamanPanel sederhana yang timbul pada bahagian tengah permukaan rata pada perabot, pintu, panel dinding atau siling. Panel ini biasanya diperbuat daripada kayu.
muntinkayu bingkaiKejuruteraanKejuruteraan BangunanKayu kecil yang dipasang tegak atau mengufuk di antara panel-panel kaca tingkap yang lebih kecil ukurannya.
access flooringkemasan lantai laluanKejuruteraanKejuruteraan BangunanKemasan lantai yang ditinggikan daripada keadaan biasa serta mengandungi panel-panel kecil yang dapat menempatkan segala pendawaian dan saluran perkhidmatan di bawahnya.
rack mountingcagak rakKejuruteraanTiadaPenggunaan rak piawai, yang sama dimensinya kecuali berbeza-beza ketinggiannya, untuk menempatkan panel-panel yang mempunyai radas, dengan pendawaian yang seragam.
kneelerbatu lututanKejuruteraanTiadaBatu dalam atau rasuk konkrit bertetulang yang dibenam ke tebing, dan membentuk sempadan bagi panel-panel menganggu yang ditempatkan di tebing untuk mengelakkan kerukan.
decorative panelpanel hiasKesenianTiada1. Panel untuk menambah nilai hiasan sesuatu permukaan.,2. Panel yang mempunyai hiasan pada permukaannya.
fielded panelpanel timbulKesenianSeni BinaPanel yang mempunyai bahagian tengah lebih tebal daripada bahagian tepinya, atau unjuran atas bingkai sekitarnya. Panel jenis ini biasanya diaplikasikan pada daun pintu atau tingkap bagi menghasilkan corak hiasan yang lebih menarik.
control panelpanel kawalanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPanel yang disambungkan berasingan dengan tiub sinar-X. Panel ini digunakan untuk mengawal parameter sinar-X seperti voltan elektrik, arus elektrik, dan masa dedahan. Parameter tersebut dikawal oleh kekunci dan dilengkapi dengan butang yang mempunyai ciri keselamatan.
facia panelpanel faciaKesenianTiadaPanel yang mempamerkan maklumat penting tentang sesebuah pesawat.
12345678910...

Kembali ke atas