Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.gil] | ڤڠݢيل

Definisi : ; memanggil 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menama­kan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas menger­jakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan; memanggil-manggil menyebut (meneriak­kan) nama seseorang berulang kali: tatkala ahli keluarga sedang bersarapan di dlm rumah, kami terdengar orang ~ ayah dr luar; anak itu menangis sambil ~ ibunya; memanggilkan 1. memanggil utk: panggilkan dia sebuah teksi; 2. memanggil (menye­but) dgn: ia berasa gembira apabila orang ~ tuan kepadanya; terpanggil 1. Mn dipanggil (disuruh datang) kerana sesuatu perkara: seisi pasar tempat kantor Tuanku Demang berdiri sudah tahu bahawa Yusuf ~; bagi seseorang gadis tidak baik ~-panggil ke pengadilan; 2. berasa terdorong (tertarik, bertanggungjawab, terpe­ngaruh dsb) utk melakukan sesuatu: sbg penyanyi, dia turut ~ utk memikul tanggungjawab menangani gejala sosial yg membimbangkan ketika ini; dia semacam ~ utk menolak dan menentang sekeras-kerasnya gagasan itu; panggilan 1. suara memanggil: dlm gelap itu, terdengar suatu ~ yg jelas dr jalan; 2. ajak­an, jemputan, undangan: hatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dgn kerosakan di kilang elektrik; dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu; 3. gelaran, sebutan nama: ia pun menukarkan nama dgn ~ Ken Anglira Sari; 4. orang yg dipanggil; ~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dlm sesuatu lapangan (pekerjaan dll); ~ jauh = ~ nasional panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran ter­perinci; ~ kejut panggilan melalui telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu; ~ mulut jemputan dgn mulut (tidak dgn kad dll); ~ tempatan panggilan yg dibuat dlm jarak 4 km dr ibu sawat; P~ Terus Antarabangsa panggilan telefon ke luar negara yg boleh dilakukan secara terus kpd orang yg dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator. pemanggil (orang) yg memanggil: dinanti-nantilah oleh semua ~ itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari; canang ~ canang utk memanggil (memberitahu); sepemanggil sejauh suara orang memanggil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.gil] | ڤڠݢيل

Definisi : ; memanggil 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. memanggilkan 1 memanggil utk: Dia ~ ibunya sebuah teksi. 2 menyebut atau menggelar dgn: Dia marah kalau kita tidak ~ tuan kpdnya. panggilan 1 bunyi orang berteriak; suara orang memanggil: Kami terdiam sebentar kerana mendengar ~ meminta tolong. 2 gelar yg diberikan kpd seseorang; gelaran: Nama sebenarnya Osman, tetapi ~nya Man saja. 3 yg dipanggil: orang ~. ~ kejut panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. ~ nasional panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. ~ tempatan panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panggil
Kata Terbitan : memanggil, memanggilkan, panggilan, pemanggil, sepemanggil,

Puisi
 

Beli mangkuk buat kenduri,
     Panggil lebai serta aji;
Masa berkokok sama berlari,
     Tak boleh bercampur biring bertaji.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sorry interj maaf: “~, did you call me?”, “maaf, puan panggil saya?”; “~, the boss is busy now”, “maaf, bos sedang sibuk sekarang”.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
porter 2n (UK) person looking after entrance to building, hotel, etc, porter, penjaga pintu: a hotel ~ please!, tolong panggil porter hotel!; not many blocks of flats have ~s these days, tidak banyak rumah pangsa yg ada penjaga pintu sekarang ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stupid n (colloq), (orang yg) /bodoh, tolol, dungu/: you were a ~ to believe him, kamu bodoh mempercayainya; don’t you call me a ~, jangan engkau panggil aku bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incorporatevt 1. make part of a whole, menggabungkan: Sabah and Sarawak were ~d into Malaysia in 1963, Sabah dan Sarawak digabungkan ke dlm Malaysia pd tahun 1963; a call-back facility has been ~d into the computerized telephone, kemudahan panggil balik telah digabungkan ke dlm telefon berkomputer itu; 2. have as part of whole, mengandungi: the memorandum ~d most of the suggestions put forward, memorandum itu mengandungi kebanyakan cadangan yg dikemukakan; 3. (US) form into corporation, memperbadankan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
block~ up, a. close, fill in, menutup, menimbus, mengambus: he ~ed up the hole with earth, dia menutup lubang itu dgn tanah; b. prevent movement through, (act.) menyumbat; (pass.) tersumbat: please call the plumber as the pipe is ~ed up again, tolong panggil tukang paip krn paip ini tersumbat lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
addressthe petition was ~ed to the United Nations, rayuan itu dikemukakan kpd Bangsa-Bangsa Bersatu; 3. deliver a speech to, /berucap, memberi ucapan/ kpd: to ~ an audience, berucap kpd hadirin; 4. also ~ os to, speak directly to, menujukan kata-kata kpd (sso): to ~ the chairman, menujukan kata-kata kpd pengerusi; 5. call by name, title, memanggil: don’t ~ me as "Doctor", janganlah panggil saya "Doktor";Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas