Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panggil
Kata Terbitan : memanggil, memanggilkan, panggilan, pemanggil, sepemanggil,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENENTANGAN TUK JANGGUT

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENENTANGAN TUK JANGGUT, pemberontakan menentang British yang meletus pada bulan April 1915 di Pasir Puteh, Kelantan.  Kebangkitan ini merupakan penentangan terhadap peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British apabila British terlibat dalam pentadbiran Kelantan sejak tahun 1910.  kebangkitan ini dipimpin oleh Jaji Mat Hasan bin Munas, yang lebih dikenal dengan panggilan Tuk Janggut.  Dalam gerakannya, Tuk Janggut mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan, pembesar dan kerabat diraja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
DATUK KAMPO RADJO

DATUK KAMPO RADJO (1922 -1988), ahli politik kiri. Dia lahir di Kampung Batagak, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Nafias bin Rasul. Panggilan Datuk Kampo Radjo merupakan gelaran tradisi dalam masyarakat Minangkabau.

1">  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CINA BUTA

CINA BUTA, peranan yang dimainkan oleh sang perantara sementara yang berstatus suami dalam keadaan perkahwinan yang telah mengalami talak tiga. Panggilan umum terhadap suami begini ialah ‘muhalil’ (yang menghalalkan) kerana perkahwinan dengannya membolehkan bekas suami mengahwini kembali isterinya yang telah diceraikan dengan talak tiga.

1">       

 

BUDAYAKonsep
DATO' SERI AGAR DIRAJA

DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga.

1"> 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
MUSA ABDUL GHANI

MUSA ABDUL GHANI (   ?  -   ?  ), penentang penjajahan British. Dia lahir di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia. Musa berhijrah ke Terengganu sekitar tahun 1888 untuk mendalami ilmu agama. Dia berkahwin dan menetap di Pulau Duyung Besar, Kuala Terengganu. Di kalangan penduduk tempatan, dia dikenal dengan panggilan Haji Musa Minangkabau.

1">  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ROUGH RIDERS

Rough Riders ialah nama panggilan bagi satu

rejimen Amerika yang terkenal kerana berjuang di

bawah pimpinan Theodore Roosevelt semasa

peperangan antara Sepanyol-Amerika pada tahun

1898.