Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ armada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); mempunyai pangkalan (di): berpangkalan penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1 tempat kapal berlabuh; tempat menambat perahu di tepi sungai. 2 tempat mengumpulkan barang dagangan. 3 tempat (spt lapangan terbang) yg dijadikan pusat utk melancarkan serangan. ~ data ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Cepu-cepu Pangkalan Cina,
     Cepu kecik beragi-ragi;
Kalau dulu abang yang punya,
     Ini sekarang lain berganti.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD 'PANGKALAN' , MAKSUD 'PANGKALAN UDARA' , ADAKAH 'PANGKALAN UDARA' BOLEH DIGUNAKAN SELAIN DARI TENTERA DI MANA DEFINISI 'AIR BASE' DALAM BAHASA INGGERIS HANYA EKSKLUSIF KEPADA PENEMPATAN TENTERA. JIKA DIBOLEHKAN PENGGUNAAN 'PANGKALAN', BAGAIMANA KEADAAH PENGGUNAAN SEBENAR PERKATAAN 'PANGKALAN'. SEBAGAI CONTOH 'PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG' ATAU 'PANGKALAN UDARA SUBANG JBPM' ATAU 'PANGKALAN UDARA BOMBA SUBANG'Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "pangkalan" ialah tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain); 3. pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya. Contoh penggunaannya: Pangkalan Data, Pangkalan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Udara, Pangkalan Kapal Layar dan sebagainya. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG. Makna19.07.2021
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul?Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2015
BOLEH TERANGKAN KRITERIA YANG MEMBOLEHKAN SESUATU JABATAN ATAU ORGANISASI MENGGUNAKAN ISTILAH "PANGKALAN UDARA". UNTUK MAKLUMAN TUAN, SAYA TELAH MENERIMA TEGURAN DARI SALAH SEORANG ANGGOTA TUDM BERKENAN ISTILAH PANGKALAN UDARA. BOLEH SAYA DAPATKAN MAKSUD ISTILAH PANGKALAN UDARA DARI SUDUT PANDANGAN PIHAK TUDM SUPAYA TIDAK LAGI MENDAPAT KEKELIRUAN MENGENAI PERKARA YANG BERBANGKIT. SEKIAN TERIMA KASIHMengikut istilah bahasa Melayu "air base" bermaksud "pangkalan udara". Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kriteria  penamaan pangkalan udara, sila rujuk jabatan/organisasi yang lebih arif tentang perkara tersebut.Penyemakan dan penterjemahan22.07.2021
Bolehkah jelaskan tentang penggunaan perkataan "cif" sebagai terjemahan untuk perkataan "chief"? Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "cif" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam pangkalan data kami, perkataan chief diterjemahkan kepada ketua. Contohnya, Chief Executive diterjemahkan kepada Ketua Eksekutif dan Chief Editor diterjemahkan kepada Ketua Editor. Perkataan cif digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk penamaan jawatan, contohnya Cif Inspektor.Istilah12.04.2012
Assalamualaikum. Dalam pangkalan data PRPM terdapat dua takrifan untuk kata "al-Majid", dan sumber kedua-dua takrifan ialah Kamus Dewan Edisi Keempat. Takrifan mana yang betul? Terima kasih. Pautan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=al-majid+99+nama+AllahKedua-duanya boleh digunakan.Makna31.07.2013
Mohon pertanyaan sama ada wujudnya pangkalan data korpus bahasa Melayu?Pangkalan data korpus DBP boleh diakses melalui URL http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx .Lain-lain04.08.2015
Assalamualaikum Tuan. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Korpus DBP. Saya ingin bertanya bilakah tahun terakhir bahan-bahan yang terkandung dalam pangkalan korpus DBP ini dikemaskini? Setakat 2021, berapakah jumlah bahan terkini dalam pangkalan korpus ini?
Tahun terakhir bahan-bahan dikemaskinikan dalam Pangkalan Data Korpus DBP adalah pada tahun 2021 dengan jumlah sebanyak 119,325 bahan yang merangkumi 124,722,606 kata. 
Lain-lain26.05.2021
1. Assalamualaikum Encik/Puan. Boleh terangkan tatacara penggunaan huruf besar untuk perkataan 'pangkalan' dan 'armada' untuk ayat dalam contoh berikut. 2. Contoh " Kapal seterusnya terlibat dengan beberapa ceramah dan latihan yang dianjurkan oleh pangkalan dan armada". 3. Adakah perlu ditulis dalam huruf besar atau kecil?Wassalam,

Perkataan tersebut merupakan kata nama am dan perlu ditulis dengan huruf kecil.
Ejaan02.02.2018
Apakah peribahasa sinonim bagi peribahasa "tiada penyakit yang tiada penawarnya"?Kami sudah menyemak pangkalan data berkenaan peribahasa yang membawa maksud tersebut. Sungguhpun demikian, maklumat berkenaan tidak ada dalam simpanan pangkalan data kami.Lain-lain19.06.2017
manakah istilah yang betul bagi penggunaan pusat data? adakah 'Pengkalan data' atau 'Pangkalan data'?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "pangkalan data" yang bermaksud simpanan sejumlah besar data dalam bentuk yang dapat dikendalikan oleh komputer. 

Istilah23.08.2022
12345678910...

Kembali ke atas