Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ armada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); mempunyai pangkalan (di): berpangkalan penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1 tempat kapal berlabuh; tempat menambat perahu di tepi sungai. 2 tempat mengumpulkan barang dagangan. 3 tempat (spt lapangan terbang) yg dijadikan pusat utk melancarkan serangan. ~ data ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Cepu-cepu Pangkalan Cina,
     Cepu kecik beragi-ragi;
Kalau dulu abang yang punya,
     Ini sekarang lain berganti.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reflected impedancegalangan terpantulKejuruteraanTiada1. Nilai galangan yang nampak seperti wujud melintasi primer bagi pengubah disebabkan arus yang mengalir dalam sekunder.,2. Galangan yang muncul di pangkalan-pangkalan masukan disebabkan ciri-ciri galangan di pangkalan-pangkalan keluaran.
distributed data basepangkalan data teragihTeknologi MaklumatTiada1. Sistem pangkalan data yang terdiri daripada pangkalan-pangkalan data kecil di tempat berasingan yang dihubungkan melalui rangkaian komputer.
decision support systemsistem sokongan keputusanPengurusanPerancanganSuatu sistem aplikasi dan interaktif, berasaskan komputer yang menggunakan model-model pembuatan keputusan dan pangkalan-pangkalan data yang khusus untuk menyokong pembuat keputusan sesebuah organisasi. Contohnya, sistem perolehan bekalan oleh pasar raya yang perlu membuat penilaian dan memilih pembekal.
database schemaskema pangkalan dataTeknologi MaklumatPerisianStruktur yang dihuraikan dalam bahasa formal dan disokong oleh sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Dalam pangkalan data hubungan, skema ini menakrifkan jadual, medan dalam setiap jadual, dan saling hubungan antara medan dan jadual. Skema pangkalan data biasanya disimpan dalam kamus data. Walaupun skema ditakrifkan dalam teks bahasa pangkalan data, istilah ini juga digunakan untuk merujuk gambaran bergrafik struktur pangkalan data.
distributed databasepangkalan data teragihTeknologi MaklumatPerisianPangkalan data yang dikawal oleh sistem pengurusan pangkalan data pusat (DBMS) yang terdiri daripada peranti storan yang tidak dihubungkan terus kepada CPU yang sama. Pangkalan data ini diletakkan dalam beberapa komputer sama ada di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh yang dihubungkan dalam satu rangkaian komputer. Hal ini bererti pengambilan dan pengumpulan data boleh diagihkan merentasi beberapa lokasi fizikal. Satu pangkalan data teragih diagihkan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian pangkalan data ini boleh disalin menjadi pangkalan data yang baharu dengan data yang sama. Reka bentuk pangkalan data teragih ini menggunakan beberapa teknologi seperti teknologi autonomi tempatan, teknologi sinkroni dan asinkroni.
quay to quaypangkalan ke pangkalanPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh yang diberikan di bawah polisi marin kargo yang bermula apabila barangan dimuatkan ke dalam kapal dari satu pelabuhan dan berakhir apabila barangan dipunggah daripada kapal di pelabuhan tujuan.
pi-networkrangkaian-piKejuruteraanTiadaRangkaian elektrik yang terdiri daripada tiga cabang, yang semuanya tersambung dalam siri di antara satu dengan lain, dengan setiap cabang masing-masing membentuk pangkalan masukan, pangkalan keluaran dan pangkalan sepunya masukan dan keluaran.
positive terminalpangkalan positifKejuruteraanTiadaPangkalan pada punca voltan, misalnya bateri, yang elektron mengalir ke arahnya melalui litar luar dari pangkalan yang satu lagi.
relational databasepangkalan data hubunganTeknologi MaklumatPerisianPangkalan data yang mengumpul data dengan menggunakan atribut sepunya yang didapati dalam set data. Susunan data yang teratur dalam pangkalan data memudahkan pengguna memahami keputusan yang dihasilkan. Contohnya, set data yang mengandungi kesemua transaksi hartanah suatu bandar boleh dikumpulkan mengikut tahun transaksi berlaku, harga jualan transaksi atau berdasarkan nama pembeli.
IDM (intelligent database machine)IDM (mesin pangkalan data cerdas)Teknologi MaklumatTiadaMesin pangkalan data pertama yang memperkenalkan konsep kecerdasan dalam pangkalan data.
12345678910...

Kembali ke atas