Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.li.ma] | ڤڠليما

Definisi : 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg meme­rintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai­-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menye­lenggarakan urusan gajah; P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang ke­hormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar; misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.li.ma] | ڤڠليما

Definisi : 1 orang yg gagah berani serta pandai bermain senjata; hulubalang. 2 orang yg menjadi ketua atau pemimpin sesuatu pasukan tentera; ketua askar. ~ agung (besar) ketua askar tertinggi yg memimpin sesuatu angkatan tentera. ~ Mangku Negara nama bintang kehormatan kelas dua dan pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya bergelar Puan Sri. ~ perang ketua angkatan tentera di bawah panglima agung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panglima
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Ada satu panglima Pulai,
     Pelihara janggut serta misai;
Begitu banyak kain di kedai,
     Berkain kasar dengan cindai.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Commander-in-ChiefPanglima AgungPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Fabian SocietyMasyarakat FabianSains PolitikHubungan AntarabangsaPerkumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1883 oleh kaum sosialis British. Mereka ingin mewujudkan fahaman sosialis yang evolusioner. Fabian digunakan sempena nama panglima perang Rom, Quintus Fabius Maximus. Pertubuhan ini tidak sependapat dengan idea Marx mengenai dialektik materialisme dan teori konflik kelas. Pertubuhan ini percaya idea sosialis mereka boleh dicapai melalui gerakan propaganda terhadap semua golongan rakyat. Namun demikian, dengan kebangkitan kaum buruh dalam lapangan politik Britain pada tahun 1890, pertubuhan ini telah menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja. Mereka mengadakan ikatan kerjasama dengan para pemimpin buruh yang mempunyai kepentingan politik. Walaupun keanggotaan mereka tidak besar, pertubuhan ini telah berperanan mempengaruhi Parti Buruh Britain.

Kembali ke atas