Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.sa.pu.ri] | ڤڠساڤوري

Definisi : rumah pangsa moden yg lazimnya besar dan luas, dgn disediakan beberapa ke­lengkapan dan kemudahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pangsapuri (kata nama)
Bersinonim dengan rumah pangsa, kondominium.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPENCE, SIR BASIL URWIN

Spence, Sir Basil Urwin (1907–1976) ialah arkitek

British, yang paling dikenal kerana hasil rekaannya,

Coventry Cathedral dan University of Sussex, di

Brighton. Dengan teknik dan bahan moden yang

digunakan secara tradisional, dia telah mereka

bentuk gereja, hospital, rumah, taman perumahan,

pameran, pangsapuri, sekolah, panggung dan

bangunan universiti. Antara reka bentuknya

termasuklah sebuah sekolah yang lengkap di

Sydenham, Kent, dan Sekolah St. Martin di

Shrewsbury, Shropshire. Hasil kerjanya juga dapat

dilihat di universiti di Liverpool, Durham,

Southampton, Nottingham, Glasgow dan Exeter.

Spence turut terlibat dalam mereka bentuk bandar

baru Basildon, Essex dan Hartfield, Hertfordshire dan

di Glasgow.

UMUM 
PEWASAPAN

Pewasapan ialah kaedah membunuh perosak

yang melibatkan penggunaan gas toksik. Ia

digunakan dengan meluas untuk menghapuskan

rumpai, nematod (cacing gelang), dan perosak-

perosak lain di tanah pertanian. Ia juga digunakan

untuk melindungi makanan seperti bijian,

kekeras, dan rempah-ratus daripada tikus dan

serangga semasa disimpan. Barang yang diangkut

dengan kapal antara negara kerap diwasapkan

untuk mencegah perosak dan penyakit daripada

merebak dari negara ke negara lain. Rumah,

pangsapuri, dan bangunan-bangunan lain

kadangkala diwasapkan untuk membunuh lipas,

anai-anai, dan serangga-serangga lain.

UMUM 

Kembali ke atas