Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam mohon bantuan. ejaan yang betul bagi mengenalpasti atau mengenal pasti? ayat panjang : Objektif 1: Mengenalpasti Kesan Hubungan antara Iklim Keselamatan dan Prestasi Keselamatan dalam Organisasi PembuatanEjaan yang betul ialah  mengenal pasti yang bermaksud mengetahui ser­ta menentukan atau mengetahui sehingga dapat menyatakan dengan pastiEjaan25.03.2020
Salam, dalam ayat di bawah penggunaan ialah atau adalah yang lebih tepat? 1. Panjang AB ialah/adalah separuh daripada panjang CD. 2. Umur Ali ialah/adalah dua kali umur Abu.Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah  menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Maka ayat yang betul ialah:

1. Panjang AB adalah separuh daripada panjang CD.
2. Umur Ali ialah dua kali ganda umur Abu.
Tatabahasa07.07.2023
Salam, ayat yang manakah yang betul? 1) Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya. 2) Panjang segi empat sama itu adalah dua kali lebarnya. Boleh jelaskan perbezaaan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya.”1">

1"> 

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. 1">

1">

Tatabahasa17.02.2022
1)Nenek memetik kacang panjang( yang masak).Adakah ayat ini betul? 2)Datuk memetik tomato (yang masak).Adakah ayat ini betul?Selamat petang;

1)Nenek memetik kacang panjang.
 2)Datuk memetik tomato.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.10.2016
Ayat yang manakah lebih sesuai? 1. Rumput-rumput panjang itu ditebas dengan berhati-hati oleh Encik Rosli. 2. Rumput-rumput panjang itu ditebas oleh Encik Rosli dengan berhati-hati.Ayat 2.Tatabahasa11.03.2013
1) Siti yang berambut panjang itu sedang mencuci baju. 2) Siti yang berambut panjng sedang mencuci baju. tolong jelaskan penggunaan itu dalam ayat pertama adakah betul dari segi tatabahasa . adakah ayat yang pertama boleh diterima pakai dalam penulisan ayat. terima kasih.Penggunaan “itu” dalam ayat - Siti yang berambut panjang itu sedang mencuci baju” betul. “Itu” dalam ayat tersebut dikategorikan sebagai penentu belakang. Penentu belakang ialah unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu “itu”  dan “ini”.Tatabahasa19.02.2014
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad.Tatabahasa04.07.2012
1)Lina menanam( sawi / sayur sawi) di kebun. 2)Datuk mencangkul tanah (menggunakan cangkul).Adakah ayat ini betul? 3)Nenek memetik kacang panjang( yang masak).Adakah ayat ini betul?

Selamat petang:
1. Lina menanam sayur sawi di kebun.
2. Datuk mencangkul tanah.
3. Nenek memetik kacang panjang.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa19.10.2016
MAKSUD PERKATAAN SERAMBI

Saudara,

Perkataan serambi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas.

Makna14.01.2010
apakah perbezaan antara hujung dan penjuru

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, Hujung ialah 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pangkal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. bahagian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Semenanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) perkataan dll: barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; Pejuru pula ialah pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) pen­juru yg luasnya 90º. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat.

Lain-lain11.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas