Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Pr panggilan kpd anak lelaki ke­empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUTLER, SAMUEL

Butler, Samuel (1613–1680) ialah penyair Inggeris

dan penulis satira. Dia paling terkenal kerana

puisinya yang panjang, Hudibras (bahagian 1,

1663; bahagian II,1664; bahagian III, 1678).

UMUM 
PARLIMEN LANJUT

Parlimen Lanjut merujuk kepada suatu sesi

Parlimen Inggeris yang bersidang panjang tanpa

rehat mulai tahun 1640 hingga tahun 1653.

Persidangan ini dimansuhkan dengan rasminya

pada tahun 1660. Parlimen Lanjut ini bermula

dengan perbalahan secara langsung dengan Raja

Charles I, kemudian bersidang semula semasa

Perang Saudara, menjatuhkan hukuman bunuh ke

atas raja ini, mencuba memerintah dalam masa

kegelisahan selepas perang itu, dan akhirnya

dimansuhkan untuk memberikan laluan kepada

Parlimen baharu di bawah Raja Charles II.

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
SEVASTOPOL

Sevastopol (pend. 335 000) terletak di Laut Hitam,

di bahagian barat daya Semenanjung Krimea

di Ukraine. Untuk lokasi, lihat Ukraine (peta).

Sevastopol mempunyai sebuah pelabuhan yang

panjang. Pengepungan bandar itu selama 11 bulan

dari tahun 1854 hingga tahun 1855 menandakan

kemuncak pertempuran dalam Perang Krimea.

Sevastopol diserang sekali lagi pada tahun 1918,

semasa Perang Dunia I. Pengepungan selama lapan

bulan dari tahun 1941 hingga tahun 1942 ketika

Perang Dunia II telah memusnahkan bandar

tersebut. Sungguhpun demikian, sebahagian besar

bandar ini telah didirikan semula.

UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 

Kembali ke atas