Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kecil tinggi (badan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bentuk badan yg kecil tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Sertolli cellsel SertolliBiologiHistologi dan SitologiSel lapisan epitelium pada dinding tubul seminferus mama, yang panjang lampai dan tersusun seperti jejari. Sel ini berperanan membentuk sel germa, dan juga berfungsi sebagai sel yang menyokong dan mengandungi sel sperma.
runnerrayapHerbaBotani dan BioteknologiBatang yang kecil dan lampai, mengandungi ruas yang panjang, menjalar atau merayap di atas permukaan tanah. Contohnya, pegaga (Centella asiatica) dan rumput aur (Commelina diffusa).
protophloemprotofloemBotaniTiadaFloem primer yang terbentuk lebih awal dan matang semasa organ tumbuhan masih memanjang dan bertambah ukuran diameternya. Akibat tekanan yang dialami, sel menjadi panjang dan lampai dengan dinding yang nipis. Protofloem biasanya terdiri daripada unsur tapis tanpa sel rakan.
slenderlangsingMekanikGunaanMempunyai dimensi keratan rentas yang kecil dan boleh diabaikan apabila dibandingkan dengan panjang. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk pada sifat fizikal anggota struktur. Misalnya, anggota kekuda semuanya anggota langsing. Sinonim lampai.
Euler formulaformula EulerFizikMekanikFormula yang menunjukkan beban paksi maksimum yang boleh dibawa oleh suatu turus unggul yang lampai dengan tidak melentur. Beban paksi maksimum ini dipanggil beban genting maksimum dan akan menyebabkan turus tersebut berada dalam keadaan seimbang yang tidak stabil, iaitu apa juga penambahan pada beban atau kemasukan daya sisi yang kecil, akan menyebabkan turus tersebut melentur. Formula Euler adalah: K2EI P = �� L2 (P = beban paksi maksimum, E = modulus kenyal, L = panjang turus tak bersokong, K = pemalar bersandar kepada keadaan-keadaan penyokong di hujung turus, I = momen inersia terkecil). Menurut formula ini, K = I apabila kedua-dua hujung bebas berputar, K = 4 apabila kedua-dua hujung tetap, K = 2 apabila satu hujung tetap dan yang lain bebas berputar, K = � apabila satu hujung tetap dan yang lain bebas bergerak ke sisi.

Kembali ke atas