Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tang] | ڤانتڠ

Definisi : 1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau keper­cayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau me­makan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang me­lakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati­-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat men­dengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu me­makan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu me­minum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, me­larang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (mi­numan) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (berten­tangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan me­mantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tang] | ڤانتڠ

Definisi : , 1 = ~ larang perbuatan dll yg terlarang dilakukan menurut adat atau kepercayaan; larangan; tabu: Pd suatu masa dahulu, orang-orang Melayu terlalu banyak mengenakan ~ pd ibu-ibu yg sedang mengandung. 2 makanan yg terlarang bagi seseorang yg menghidap sesuatu penyakit; makanan yg sengaja tidak dimakan kerana sesuatu kepercayaan: Kalau menghidap penyakit gatal-gatal, apa ~nya? 3 tidak dibolehkan; terlarang: ~ Melayu surut pulang. 4 jangka masa lebih kurang 44 hari bagi wanita selepas melahirkan anak: dlm ~. memantangkan menjadikan sesuatu sbg pantang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantang (kata nama)
Bersinonim dengan larangan, tegahan, pemali, pali;,
Kata Terbitan : berpantang, memantangkan,

Puisi
 

Alang-alang betis pelanduk,
     Kita matikan tetauk muda;
Pantang helang bersama manuk,
     Lama-lama bersama jua.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pantang kutu dicukur,
     pantang manusia dihinakan.

Bermaksud :

Bercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Adat memberi pantang mengeji, Adat meminta pantang memaksa; Adat berbudi pantang mendengki, Adat berbahasa pantang mengata.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat bergurau pantang meracau, Adat berseloroh pantang mengaduh; Adat menghimbau pantang melangkau, Adat menyuruh pantang memelupuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat berjanji berpantang mungkir, Adat bersumpah pantang berhelah; Adat memuji pantang menyindir, Adat menyembah pantang melapah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat berbual pantang menjual, Adat bercakap pantanglah gagap; Adat beramal pantang membingal, Adat berkitab pantang menyelap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu memegang janji, Memegang sumpah mati pun mahu; Sifat Melayu pantang mengeji, Pantang memfitnah memberi malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bercakap lurus berkata benar, Muka jernih hati pun bersih; Adab halus pantang mengasar, Pantang sekali mencari selisih.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pantang merendam biji labu, Labu dibawa orang bermain; Abanglah karam menahan rindu, Rindu kepada orang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau pendekar pantang dicabar, Panglima juga pantang dilawan; Ada tanah beratus hektar, Ditumbuh lalang disarang tebuan.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat sekaum sesama maklum, Adat sepuak sesama tegak; Adat maklum pantang mengulum, Adat tegak pantang memijak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123456789

Kembali ke atas