Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tang] | ڤانتڠ

Definisi : 1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau keper­cayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau me­makan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang me­lakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati­-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat men­dengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu me­makan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu me­minum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, me­larang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (mi­numan) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (berten­tangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan me­mantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tang] | ڤانتڠ

Definisi : , 1 = ~ larang perbuatan dll yg terlarang dilakukan menurut adat atau kepercayaan; larangan; tabu: Pd suatu masa dahulu, orang-orang Melayu terlalu banyak mengenakan ~ pd ibu-ibu yg sedang mengandung. 2 makanan yg terlarang bagi seseorang yg menghidap sesuatu penyakit; makanan yg sengaja tidak dimakan kerana sesuatu kepercayaan: Kalau menghidap penyakit gatal-gatal, apa ~nya? 3 tidak dibolehkan; terlarang: ~ Melayu surut pulang. 4 jangka masa lebih kurang 44 hari bagi wanita selepas melahirkan anak: dlm ~. memantangkan menjadikan sesuatu sbg pantang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantang (kata nama)
Bersinonim dengan larangan, tegahan, pemali, pali;,
Kata Terbitan : berpantang, memantangkan,

Puisi
 

Alang-alang betis pelanduk,
     Kita matikan tetauk muda;
Pantang helang bersama manuk,
     Lama-lama bersama jua.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pantang kutu dicukur,
     pantang manusia dihinakan.

Bermaksud :

Bercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
surut1. kembali (ke asal dll), balik (ke belakang), mundur: kemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah; ~ kpd bekas isterinya telah rujuk; berlaku ~ dr dihitung kembali dr; pantang ~ pantang mundur; 2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dll), susut: marahnya yg memuncak-muncak tadi telah ~ dlm sekejap mata; kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; 3. = air ~ = pasang ~ air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; akan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak prb sesuatu perkara yg serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah); menyuruti 1. menjadikan berkurang, me­ngurangi, menyusuti; 2. rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi; menyurutkan 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, meng­undurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengu­rangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang: sebentar itu juga ia ~ kebelakang lalu jatuh; ~ fikiran melepaskan niat; ~ hati tawar hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantang surutpantang mundur;Kamus Dewan Edisi Keempat
pantang larangperbuatan dll yg terlarang dilakukan menurut adat atau kepercayaan; larangan; tabu: Pd suatu masa dahulu, orang-orang Melayu terlalu banyak mengenakan ~ pd ibu-ibu yg sedang mengandung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pantang gelanggangperbuatan yg dilarang me­lakukannya sewaktu menyabung ayam;Kamus Dewan Edisi Keempat
pantang di hutan (di laut)sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut);Kamus Dewan Edisi Keempat
pantang pemalibermacam-macam pantang atau larangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pantang larangbermacam-macam pantang atau larangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
lepas pantangmasa se­sudah waktu pantang;Kamus Dewan Edisi Keempat
hawa nafsukeinginan (kehendak, dorongan hati) yg kuat utk melakukan sesuatu: banyak raja yg dibinasakan Allah Taala kerajaannya sebab menurutkan ~ nafsunya; mengawal ~ nafsu; sesat fikiran oleh godaan ~ yg tamak dan keji; ~ pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan prb, Mn tidak mahu kurang drpd orang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
hawa II= ~ nafsu keinginan (kehendak, dorongan hati) yg kuat utk melakukan sesuatu: banyak raja yg dibinasakan Allah Taala kerajaannya sebab menurutkan ~ nafsunya; mengawal ~ nafsu; sesat fikiran oleh godaan ~ yg tamak dan keji; ~ pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan prb, Mn tidak mahu kurang drpd orang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas