Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tang] | ڤانتڠ

Definisi : 1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau keper­cayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau me­makan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang me­lakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati­-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat men­dengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu me­makan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu me­minum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, me­larang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (mi­numan) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (berten­tangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan me­mantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tang] | ڤانتڠ

Definisi : , 1 = ~ larang perbuatan dll yg terlarang dilakukan menurut adat atau kepercayaan; larangan; tabu: Pd suatu masa dahulu, orang-orang Melayu terlalu banyak mengenakan ~ pd ibu-ibu yg sedang mengandung. 2 makanan yg terlarang bagi seseorang yg menghidap sesuatu penyakit; makanan yg sengaja tidak dimakan kerana sesuatu kepercayaan: Kalau menghidap penyakit gatal-gatal, apa ~nya? 3 tidak dibolehkan; terlarang: ~ Melayu surut pulang. 4 jangka masa lebih kurang 44 hari bagi wanita selepas melahirkan anak: dlm ~. memantangkan menjadikan sesuatu sbg pantang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantang (kata nama)
Bersinonim dengan larangan, tegahan, pemali, pali;,
Kata Terbitan : berpantang, memantangkan,

Puisi
 

Alang-alang betis pelanduk,
     Kita matikan tetauk muda;
Pantang helang bersama manuk,
     Lama-lama bersama jua.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pantang kutu dicukur,
     pantang manusia dihinakan.

Bermaksud :

Bercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pantang si tegang dibawa mengetul.Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan.Bercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan.Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang patah di tengah.Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebelum tercapai pantang surut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebelum tercapai pantang surut.Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti rabuk dengan api.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai api dengan rabuk.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing dengan panggang (= balur).Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas