Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) ber­cakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : Jw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn), sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan, segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka; sepantasnya selayaknya, sepatutnya: “Tidak tuan,” jawabku dgn suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana ~ bagi orang yg sudah berkahwin; memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll), mematut; pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1 dpt bergerak atau berlaku dgn cepat; lekas; laju: Mereka terus juga berkayuh dgn ~ menuju ke seberang. 2 dpt berbuat sesuatu dgn mahir; cekap: Kakak saya lebih ~ memasak drpd mengemas rumah. 3 layak; patut: Gaji yg tidak seberapa itu tidak ~ baginya sbg seorang yg mempunyai kepakaran. 4 sesuai; sepadan: Baju yg sangat terang warnanya tidak ~ dipakai oleh orang yg sudah berumur. memantaskan menjadikan pantas; mencepatkan: Aminah ~ langkahnya ketika hampir dgn garisan penamat. kepantasan 1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantas (adjektif)
1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat, segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat,
Berantonim dengan lembap

2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap,
Berantonim dengan lembam

Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan,

Peribahasa

Pantas seperti lipas.

Bermaksud :

Cepat bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fast1adj 1. quick, quick-moving, swift, a. (of person) cepat, pantas, deras: a ~ runner, pelari yg pantas; a ~ reader, pembaca yg pantas; b. (of animal) tangkas, pantas: a ~ horse, kuda yg pantas; c. (of vehicle) laju, deras: a ~ train, kereta api yg laju; a ~ car, kereta yg laju; d. (of mus) rancak; 2. accomplished in a short time, (dgn) /cepat, pantas/: that was ~ work!, cepat kamu bekerja!; 3. of short duration, singkat; (of journey) memakan /waktu, masa/ yg singkat: a ~ visit, lawatan yg singkat; 4. (of watch, clock) cepat:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smacking adj (colloq) pantas: to walk at a ~ pace, berjalan pantas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shift7. (UK) (colloq) bergerak pantas: this motorbike can really ~!, motosikal ini betul-betul boleh bergerak pantas!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scurryvi bergegas lari, berlari tergesa-gesa, berlari (dgn) /pantas, cepat/; (of animal) mencalai, berlari (dgn) /pantas, cepat/: a mouse scurried across the kitchen floor, seekor tikus mencalai melintasi lantai dapur itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
triggerbe quick on the ~, (lit.) pantas menembak: a soldier who was quick on the ~, askar yg pantas menembak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smart 4. brisk, quick, pantas: the marchers moved at a ~ pace, orang-orang yg berbaris itu bergerak dgn langkah yg pantas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jabn 1. quick, straight punch, tumbukan yg pantas: a powerful left ~, tumbukan yg pantas dan kuat dgn tangan kiri; 2. ( colloq) injection, suntikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scuttle 2 vi bergegas lari, berlari tergesa-gesa, berlari (dgn) /pantas, cepat/; (of animal) mencalai, berlari (dgn) /pantas, cepat/: a squirrel ~d across the road, seekor tupai mencalai menyeberangi jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scuttle 2 n bergegas lari, berlari tergesa-gesa, berlari (dgn) /pantas, cepat/; (of animal) mencalai, berlari (dgn) /pantas, cepat/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swiftadj 1. (often used in compounds) a. (of animal, person) capable of moving very quickly, pantas; (of vehicle) laju: the ~est horse in the stable, kuda yg paling pantas di kandang itu; he needed a ~-footed horse, dia memerlukan kuda yg berlari pantas; a ~ runner, pelari yg pantas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas