Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pantomin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)pendeklamasi 2)pantomin1)pendeklamasikan 2)pantominEjaan26.09.2011
Manakah ejaan betul? Pantomim, pantomin atau pentomin? Ketiga-tiga tersenarai dalam PRPM. Pantomin bersumberkan Kamus Pelajar dan sesetengah istilah Malaysia, pantomim bersumberkan Kamus Dewan Edisi Keempat dan pentomin ada dalam huraian Istilah Malaysia bagi perkataan harlekuinada. Saya mahukan ejaan yang terbaku.Ejaan yang betul ialah pantomim. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan23.08.2017
saya hendak tahu perbezaan antara dekon dan pentomin

Saudara Norhafizah,

Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon.  Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon.

Makna20.02.2010
maksud teater dan jenis-jenisnya

1.   Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.

2.   Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan.

Sekian dan salam.

Lain-lain28.03.2009
perbezaan dekon dan pentomin

Saudara Norhafizah,

Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon.  Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon.  

 

Makna20.02.2010

Kembali ke atas