Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pa] | ڤاڤ

Definisi : sangat miskin; ~ kedana terlalu papa; ~ kerma sl azab dan sengsara; tujuh kali pindah jadi ~ prb pekerjaan yg tiada tetap itu me­nambahkan kerugian sahaja; memapakan menyebabkan (menjadikan) papa; kepapaan keadaan papa: menderita ~; pemapaan perbuatan menjadikan papa: penganiayaan dan ~ secara tersusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa] | ڤاڤ

Definisi : bp bapa, ayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa] | ڤاڤ

Definisi : tidak memiliki apa-apa pun; miskin sekali. kepapaan keadaan papa; kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papa
Rujuk :miskin

Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
destitutesorang papaGeografiTiadaTiada
destitutesorang papaKependudukanTiadaTiada
destitutesorang papaSosiologiTiadaTiada
lean orebijih papaGeologiTiadaTiada
الزوج المعسرsuami papa (nafkah)Agama IslamFiqhSuami yang tidak mampu menanggung nafkah (sara hidup) isterinya.
mom and pop operationkendalian mama dan papaPelanconganTiadaPerniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama-sama ahli keluarga.
oligotrophyteoligotrofitBiologiEkologiTumbuhan yang hidup di tanah yang papa dengan larutan garam mineral. Misalnya, rumput kerbau, Axonopus compressus yang tumbuh di tanah berpasir, di kawasan lombong bijih timah.
carnivorous planttumbuhan karnivorBiologiEkologiTumbuhan yang boleh memerangkap dan menghadamkan serangga atau haiwan kecil, misalnya periuk kera, Nepenthes gracilis yang mempunyai daun yang terubahsuai membentuk struktur seakan-akan periuk dengan struktur penutup, yang mengandungi air hujan. Apabila serangga jatuh ke dalam air tersebut, sel dinding periuk mengeluarkan asid, dan seterusnya enzim untuk menguraikan serangga tersebut. Umumnya, tumbuhan ini tumbuh di kawasan yang papa nitrogen, seperti di atas gunung.
chevron (decoration)pucuk rebung (corak)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUkiran pada tembikar, rumah tradisi masyarakat Melayu dan tenunan kain di Malaysia dan di Nusantara. Ukiran ini dikenali juga dengan nama bawal (gayo) di Acheh, tumpal di Jawa dan pucuak di Minangkabau. Ukiran ini berbentuk segi yang mengambil bentuk rebung buluh yang dikaitkan dengan unsur kekuasaan dan kesuburan. Corak pucuk rebung ini berbentuk segi tiga dan berkaki yang disusun secara berderet, kadangkala segi tiga itu digabungkan dengan unsur-unsur bunga dan putik buah. Contohnya, pada rumah tradisi masyarakat Melayu, ukiran pucuk rebung sering dipasang papa papan cucuran atap dan muka tebar layar.

Kembali ke atas