Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pa/] | ڤاڤق

Definisi : 1. tidak tajam (runcing), pepat, rata; rumah ~ rumah yg atapnya tidak merunjung (datar); 2. = orang ~ pondan, banci; ayam ~ ayam jantan yg tidak berbalung dan tidak berlawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa/] | ڤاڤق

Definisi : ; memapak mengunyah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa/] | ڤاڤق

Definisi : ; berpapakan berjumpa (bertemu) di jalan; memapak menyambut (menjemput) ke­datangan orang; pemapakan perihal memapak, penyam­butan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
papak (adjektif)
Bersinonim dengan pepat, papar, dampak, repang, rata, tidak runcing;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lift slab constructionpembinaan papak angkatKejuruteraanKejuruteraan BangunanPembinaan bangunan tinggi yang menggunakan papak-papak konkrit yang siap disediakan di aras tanah, dan diangkat ke atas tiang-tiang dengan menggunakan jek-jek hidraul.
lift-slap constructionbinaan papak angkatKejuruteraanTiadaMenuang papak lantai dan papak bumbung konkrit bertetulang di tingkat bawah, secara bertindih-tindih, dengan setiap papak dipisahkan dengan papak yang di atasnya oleh helaian-helaian kertas bangunan. Setelah keras, papak diangkat ke kedudukan yang dikehendaki dengan menggunakan bicu mengangkat.
in-situ concrete slabpapak konkrit tuang di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanPapak konkrit yang dituang terus ke struktur pembinaan dengan menggunakan acuan. Papak konkrit tuang di-situ berbeza dengan papak konkrit pratuang oleh kerana ia memerlukan masa yang lebih lama ketika di tapak terutama di dalam penyediaan acuan, kerja topang, pengkonkritan dan pengawetan.
concrete slabpapak konkritKejuruteraanKejuruteraan BangunanLantai daripada struktur konkrit tetulang yang dibina di atas rasuk atau di tanah untuk memikul beban. Beban daripada papak diagihkan kepada rasuk yang seterusnya memindahkannya kepada tiang dan asas bangunan. Papak konkrit selalunya mempunyai tebal di antara 75 mm hingga 150 mm dan bergantung kepada beban yang dipikul, keadaan tanah yang menyokongnya, dan juga rekabentuk papak, iaitu sama ada ia terdiri daripada papak sehala ataupun papak dua hala.
concrete slabpapak konkritKesenianSeni BinaPapak daripada struktur konkrit tetulang yang dibina di atas rasuk atau tanah untuk memikul beban. Papak konkrit selalunya mempunyai ketebalan antara 75 mm hingga 150 mm dan bergantung pada beban yang dipikul, keadaan tanah yang menyokongnya dan juga reka bentuk papak.
precast concrete slabpapak konkrit pratuangKejuruteraanKejuruteraan BangunanPapak konkrit yang dipasang di tapak menerusi sambungan tertentu. Papak konkrit pratuang digunakan dengan begitu meluas dalam pembinaan sistem pasang siap.
two way flat slabpapak rata dua halaKejuruteraanKejuruteraan BangunanPapak rata daripada konkrit yang tiangnya menyokong secara langsung papak dua hala, sementara kedua belah permukaannya adalah rata.
slabpapakKejuruteraanKejuruteraan BangunanPermukaan rata yang membentuk lantai atau bumbung konkrit. Papak boleh dibina terus di atas tanah ataupun disokong oleh rasuk dan tiang ataupun tiang sahaja seperti dalam pembinaan papak rata.
cored slabpapak berterasKejuruteraanTiadaPapak yang menyerupai lantai jubin geronggang, dengan blok tanah liat geronggang diganti oleh blok-blok polisterin berbusa atau pembentuk-pembentuk lompang yang lain.
flat slabpapak rataKejuruteraanTiadaPapak konkrit yang mempunyai pengepala tiang berbentuk panel timbul dan rata permukaannya, disokong oleh tiang tanpa sebarang rasuk merentanginya.
12345678910...

Kembali ke atas