Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pa.ya] | ڤڤايا

Definisi : bp betik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata papaya

Puisi
 

Buah papaya buah nanas,
     Masak sebiji seri gading;
Sungguh saya buaya ganas,
     Pilih juga darah dan daging.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Bolehkah penggunaan perkataan 'papaya' dalam bahasa melayu? Sebab dalam buku terbitan DBP buku teks tahun 2 SJKC dlm m/s 53, ada disebut papaya dalam seni kata.Perkataan papaya ini agak menggelirukan pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan. TQ 2) Dalam ayat, sesuatu perayaan sekolah seperti hari sukan, hari kanak-kanak, hari guru perlu kah ditulis dengan huruf besar pada permulaan ayat? Cth : Sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru atau Sekolah saya mengadakan hari guru?TQPerkataan yang baku ialah betik, dlm seni kata lagu-lagu lama (lagu kanak-kanak) masih mengekalkan papaya, hal ini tidak dapat dielakkan/ditukar kerana berkaitan dgn rima dan melodi yg tlh dicipta. 2. Frasa yg betul ialah, Sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru.Tatabahasa03.08.2007
Salam. Benarkah perkataan 'papaya' sudah dipinjamkan ke dalam BM sebagai perkataan yang sinonim dengan betik? Terima kasih.Wsalam. Istilah yang betul ialah betik. Tidak ada istilah papaya digunakan dalam bahasa Melayu. Papaya kekal sebagai sebutan dalam bahasa Inggeris.Lain-lain09.06.2015
Salam Tuan. Saya ingin bertanya. Adakah benar ejaan papaya dalam tulisan jawi ditulis sebagai ڤڤايا؟ Bukankah ia serapan Inggeris ڤاڤايا?Ejaan bagi perkataan tiga suku kata atau lebih dengan pola kvkvkv dan v pada setia suku kata berbunyi [a], bunyi vokal [a] pada suku kata pertama hendaklah ditulis tanpa huruf alif. Hukum /a/ tiga suku kata atau lebih ini terpakai pada kata Melayu jati. Kami beranggapan kata papaya telah diserap masuk dalam kata Melayu jati dan menerima pakai hukum ini.Ejaan06.08.2018
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010

Kembali ke atas