Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paradigma 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa makna perkataan paradigma? boleh tolong terangkan.terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, paradigma bermaksud 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yg jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yg diterima sbg ~ yg universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pd sesuatu masa yg dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yg ada; anjakan ~ peralihan paradigma drpd satu ling­kungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik).Tatabahasa07.09.2012
apa maksud paradimaParadigma ialah 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yang jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yang diterima sebagai ~ yang universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yang ada; anjakan ~ peralihan paradigma daripada satu ling­kungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).Makna27.08.2010
1)(Hanya mereka/Hanya) yang ada berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu. 2)(Dalam/Dengan) perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian. 3)Setiap orang haruslah melakukan perubahan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain. Tolong betulkan.Terima kashi.1) Hanya yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu.
2) Dengan perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian.
3) Setiap orang haruslah melakukan anjakan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain.
Tatabahasa26.06.2012
Apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan berikut: 1. paradigm shift 2. uncovering of evidence 3. future blueprint 4. Season's greetings Apakah perkataan Inggeris bagi : 1.Yang Dipertua 2. Seniman Agung 3. Salam Sejahtera Adakah perkataan "menari" dan "berdansa" sama? Tolong bagi contoh ayat untuk perkataan2 ini. terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan yang tersebut; 1. anjakan paradigma, 2.mendedahkan bukti, 3.rangka tindakan masa hadapan, 4.Selamat Hari Krismas dan Selamat tahun baru. Dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik, manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan.Lain-lain24.12.2007
Assalamualaikum, Saya nak tanya. Saya ada buat carian definisi kuiri tetapi tidak menemukan jawapan. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menggunakan ayat spt berikut dalam notis geran komuniti 1malaysia(permohonan geran persatuan penduduk 2018) Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses. Soalan: 1. apakah yang cuba dimaksudkan dengan kuiri spt ayat diatas? 2. mengapakah seperti screenshot yang saya kepilkan bersama. dalam petak hijau kuiri masih tidak diiktiraf dan dmasukkan ke kamus dbp tetapi dibolehkan penggunaannya di bidang akademik/pendidikan namun tidak untuk penggunaan penulisan? 3. apakah terjemahan bahasa melayu yang persis dengan perkataan screenshot? Terima kasih atas penjelasan.

Waalaikumsalam, 1">

1. Menurut data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar.1">

2. Perkataan Kuiri yang dimaksudkan dalam ayat yang tuan/puan nyatakan ialah berasal daripada perkataan Query. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah query ialah pertanyaan/persoalan. Menurut data DBP, perkataan query tidak dieja dengan kuiri. Istilah yang dijumpai dan disahkan ialah inkuiri kurikulum, iaitu dalam bidang pendidikan yang bermaksud Proses memahami fenomena kurikulum melalui data yang dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Selain itu, terdapat juga istilah paradigma inkuiri dan kaedah inkuiri ( kedua-duanya ini juga istilah dalam bidang pendidikan. Perkataan kuiri ( query) dan istilah inkuiri ialah dua perkataan yang berbeza.    1">

1"> 

Istilah30.04.2018

Kembali ke atas