Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.graf] | ڤاراݢرف

Definisi : 1. bahagian sesuatu penulisan yg ter­diri drpd sekumpulan beberapa ayat (bermula di baris baru dan biasanya bermula terkedalam drpd baris-baris berikutnya, perenggan; 2. Id tanda § (utk menandakan fasal baru). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paragraf


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
paragraf1. bahagian sesuatu penulisan yg ter­diri drpd sekumpulan beberapa ayat (bermula di baris baru dan biasanya bermula terkedalam drpd baris-baris berikutnya, perenggan; 2. Id tanda § (utk menandakan fasal baru).Kamus Dewan Edisi Keempat
para IVsingkatan bagi paragraf: berita itu panjangnya lebih kurang dua puluh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
alinea(alinéa) (Latin) baris baru pd tulisan, baris permulaan, paragraf (perenggan).Kamus Dewan Edisi Keempat
perenggan1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, mem­bataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan me­merenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas