Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1. teruk atau berat sangat (luka, pe­nyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~; memperparah menjadi lebih parah; keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu, seorang gadis Cina telah cedera ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parah (adjektif)
1. Bersinonim dengan nazak: tenat, kritikal, teruk, genting, melarat, serius, akut, lasat,

2. Bersinonim dengan susah: sukar, payah melarat, derita, sengsara papa, papa kedana, miskin, muflis, bankrap,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : keparahan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
busuk bangsal) Penyakit bintik mata katak yang berlaku pada daun tembakau. Penyakit ini le- barbule barn rot Kamus Sains.indb 133 7/8/08 11:46:49 AM 134 bih parah semasa daun tembakau disimpan atau diasap di dalam bangsal atau rumah salai. (BIO) barognosis (barognosis) Keupayaan untuk merasai berat sesuatu jasad. Banding baragnosis. (UBAT) barogram (barogram) Rakaman yang diperoleh daripada terutamanya pada tanaman keluarga limau yang disimpan dalam suhu dan kelembapan yang tinggi. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Sclerotinia. Gejala utamanya ialah busuk dan bahagian tumbuh-tumbuhan yang diserang dengan parah akan corrugmeter cottony rot Kamus Sains.indb 244 7/8/08 11:48:41 AM 245 ditumbuhi miselium kulat berwarna putih yang sangat banyak sehingga keli- hatan seperti kapas. (BIO

Kembali ke atas