Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1. teruk atau berat sangat (luka, pe­nyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~; memperparah menjadi lebih parah; keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rah] | ڤاره

Definisi : 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu, seorang gadis Cina telah cedera ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parah (adjektif)
1. Bersinonim dengan nazak: tenat, kritikal, teruk, genting, melarat, serius, akut, lasat,

2. Bersinonim dengan susah: sukar, payah melarat, derita, sengsara papa, papa kedana, miskin, muflis, bankrap,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : keparahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
win by referee stop contest (R.S.C. (I))menang cedera parahSukanTiadaKeputusan referi yang memberikan kemenangan kepada petinju, kerana menurut penelitiannya lawan pemenang berada dalam kecederaan yang parah.
accident (aircraft)kemalangan (pesawat udara)AeroangkasaTiadaKemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang.,Kemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang.
seriousparahKejuruteraanTiadaTiada
bad failuregagal parahPendidikanTiadaTiada
slaughter tappingtorehan parahPertanianTiadaTiada
serious accidentkemalangan parahKejuruteraanTiadaTiada
grievous hurtcedera parahUndang-undangTiadaTiada
grievous bodily harmkecederaan parah tubuh badanKriminologiKeadilan JenayahKecederaan fizikal yang serius yang dilakukan oleh seseorang secara sengaja terhadap mangsa. Kecederaan ini boleh disebabkan oleh penggunaan senjata atau kekuatan fizikal. Contohnya, pergaduhan yang mengakibatkan kehilangan anggota badan atau fungsi anggota badan seperti penglihatan dan pendengaran.
الجائفةja'ifatAgama IslamFiqhCedera parah yang berlaku pada bahagian perut.
epidemyepidemiBiologiPatologiKeadaan penyakit yang parah dan tersebar luas dalam masa yang singkat, dalam sesuatu kawasan yang tidak luas. Keadaan ini berlaku jika ada patogen yang virulen, perumah yang rentan, dan faktor persekitaran yang sesuai bagi perkembangan patogen. bd. edemi,pandemi.
12345678910...

Kembali ke atas