Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.lim.pik] | ڤاراليمڤيک

Definisi : sukan antarabangsa yg bermodelkan Sukan Olimpik, diadakan khusus utk orang cacat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ra.lim.pik] | ڤاراليمڤيک

Definisi : , = Sukan ~ sukan peringkat antarabangsa bagi atlet kurang upaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paralimpik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, saya ada beberapa soalan berkaitan dengan nama acara sukan Paralimpik: 1) Kebanyakan nama bagi acara sukan Paralimpik mempunyai "prefix" para- di hadapan namanya (cth: Paracanoe, Para-badminton, Para taekwondo). Adakah "prefix" tersebut dikekalkan? (sbg imbuhan?) 2) Adakah terjemahan istilah yang berikut betul? - Wheelchair basketball - bola keranjang berkerusi roda - Sitting volleyball - bola tampar duduk - Blind football - bola sepak buta 3) Saya mendapati beberapa akhbar yang menggunakan istilah bahasa Inggeris (cth: goalball, powerlifting, bola sepak 5-a-side), adakah ini bermaksud istilah tersebut tidak mempunyai padanan kata yang sesuai dalam bahasa Melayu?Waalaikumussalam ...
1. Perkataan “Paralympic” berasal dari Yunani,  iaitu perkataan "para" digabungkan dengan perkataan "Olympic". Dalam bahasa Melayu pula, padanan "paralympic" diserap terus menjadi paralimpik mengikut ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu. 


2. Merujuk tatabahasa dalam bahasa Melayu, imbuhan 'para' merujuk kepada kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai seperti para bom, para pelakon, atau para pelajar. Namun dalam penamaan dalam acara paralimpik pula, perkataan para dikekalkan seperti konsep ejaan paralimpik.   


3. Cadangan padanan bagi nama sukan dalam acara paralimpik ialah:
'para canoe' - para kanu,
'para taekwondo' - para tae kwan do 
'para-badminton' -  para badminton.


4. Cadangan padanan bagi istilah yang diberikan, iaitu:
'Wheelchair basketball' - bola keranjang kerusi roda
'sitting volleyball' - bola tampar duduk
'blind football' - bola sepak buta.


5. Jika ingin menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris yang masih belum ada padanan dalam bahasa Melayu yang sesuai, perkataan seperti "goalball" atau "powerlifting" boleh digunakan dengan mengitalikkan perkataan tersebut atau meletakkan tanda kurungan tetapi jika acara sukan ini merupakan nama khas dalam acara paralimpik tersebut boleh sahaja dikekalkan perkataan tersebut. Jika perkataan bahasa Inggeris seperti  "five-a-side football" boleh sahaja diterjemahkan dalam bahasa Melayu, iaitu bola sepak 5 sebelah
Makna24.08.2021
Terdapat sebuah acara paralimpik yang dipanggil "shot put seated" atau "seated shot put" di mana peserta akan melontar peluru dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi. Jika saya ingin menamakan acara ini dalam bahasa Melayu, adakah "lontar peluru duduk" padanan yang sesuai?Cadangan padanan “Lontar Peluru Duduk” boleh diterima sebagai padanan seated shot put. Istilah16.06.2019
Saya dari Special Olympics Perak...ingin bertanya apakah maksud Special Olympics dalam Bahasa Melayu.Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Special Olympics". Walau bagaimanapun , terdapat istilah paralimpik yang merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "Paralympic". Oleh sebab kedua-dua sukan ini khusus untuk mereka yang mempunyai kecacatan mental dan fizikal, cadangan kami ialah Paralimpik Peringkat Olimpik.Istilah26.02.2014
Bolehkah saya tahu apakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan , disiarkan atau dipaparkan dalam ayat : Kejayaan atlet paralimpik negara itu ( ) dalam semua akhbar negara. Apakah perbezaan antara dua perkataan ini ? Terima kasih.Kedua-duanya betul dan membawa maksud yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna18.10.2022

Kembali ke atas