Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ras] | ڤارس

Definisi : rupa muka (wajah): yg lima orang itu baik-baik belaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ras] | ڤارس

Definisi : 1. rata, tidak tinggi rendah; 2. aras, had: berendam sehingga ~ lutut; ~ raksa pd jangka suhu ini sentiasa menunjukkan suhu yg tertinggi; separas 1. sama paras (dgn), sama rata (dgn), sampai ke: tingginya ~ bahu Karim; ia mengangkat senapangnya ke atas, ~ pinggang; 2. sama banyak (dgn), seimbang (dgn): sedapat-dapatnya biarlah ~ dgn kemampuannya; perbadanan ini mengaku akan menebus balik dgn bayaran ~; memaras menjadikan rata, memotong su­paya rata: bahagian atas timun itu telah diparas; ~ janggut mencukur janggut rata-rata; parasan permukaan: bahagian-bahagiannya timbul dr ~ air; pemarasan perihal (proses, perbuatan dsb) memaras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ras] | ڤارس

Definisi : ark; batu ~ sj batu atau lapisan tanah yg keras, cadas, padas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ras] | ڤارس

Definisi : rupa muka seseorang; wajah: Mereka itu baik-baik belaka ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ras] | ڤارس

Definisi : 1 sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah. 2 had yg menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat: Air sungai itu ~ lutut saja dalamnya. memaras membuat jadi rata; menjadikan rata; memotong dll supaya rata: ~ kayu. separas 1 sama paras atau sama tinggi dgn: Dia ~ bahu abangnya. 2 sama banyak dgn; sepadan: Hasilnya ~ usahanya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paras

Puisi
 

Pucuk palas tumbuh di kuala,
     Sayang langgudi tumbuh di pancur;
Rupa paras saya tak gila,
     Kerana budi hatiku hancur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti emas yang sudah tersepuh.

Bermaksud :

Paras yang elok.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Paras morfo-sintaksis: Satu analisis sintaksisJumiya AhmadDewan Bahasa1 February 1997
Apakah paras kemahiran lisan anda?Abdul Aziz Abdul TalibPelita Bahasa1 June 1989
Kecantikan Paras Tajul MulukTiadaKarya1 October 1997
Perwakilan pelbagai paras: Satu analisis semantikJumiya AhmadJurnal Dewan Bahasa1 September 1997
Di Bawah Paras KesepianHilmi RinduDewan Sastera1 September 1986
Pemanasan global meningkatkan paras air lautRamli Abdul SamadDewan Kosmik1 February 2007
Kadar faedah pada paras yang sesuaiJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 March 2008
Mampukah ringgit ke paras RM2.50?Airil MikaelDewan Ekonomi1 April 2007
Identiti dan falsafah senilukis Filipina [diwawancara oleh RedzaPiyadesa]Paras-Perez, RodolfoDewan Budaya1 January 1979

Kembali ke atas