Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[par.kir] | ڤرکير

Definisi : IB; memarkir menghentikan (me­nyimpan) kereta: sebuah teksi diparkir; mobil saya diparkir di pinggir jalan; parkiran tempat menghentikan (menyim­pan) kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parkir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cop parkir atau cup parkir?Perkataan yang betul ialah "cup parkir"  bermaksud menempah (sesuatu contohnya parkir) secara tidak rasmi.  Ejaan04.08.2022
SALAM TUAN, Saya nak tanya iaitu ada satu papan tanda tertulis : PARKIR PERCUMA FREE PARKING Soalan saya : Ejaan yang digunakan "PARKIR" betul ke?Parkir ialah perkataan Indonesia. Dalam bahasa Melayu kita menggunakan istilah "Tempat Letak Kereta" dan jika Free Parking ialah Tempat Letak Kereta Percuma.Tatabahasa17.10.2011
PARKIRTEMPAT LETAK KERETAIstilah03.03.2011
Apakah 'parkir' sudah diterima untuk penggunaan rasmi bahasa Melayu yang bermaksud tempat letak kereta? Terima kasih.Kata “parkir” sudah diterima penggunaannya. Maksud parkir - tempat atau kawasan khas yang disediakan untuk meletakkan kereta, motosikal dan sebagainya untuk beberapa  waktu, yang kadangkala dikenakan bayaran; tempat letak kereta. (Kamus Dewan PerdanaLain-lain03.08.2022
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan perkataan "parkir" di Malaysia. Menurut pengetahuan saya, perkataan tersebut merupakan perkataan Indonesia. Saya juga merujuk kepada laman sesawang DBP Carian PRPM dan ternyata benar, di ruangan khidmat nasihat pihak DBP memberi maklum balas bahawa perkataan parkir adalah istilah Indonesia. Namun, saya merasa hairan mengapakah di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya digunakan istilah "tempat parkir" di kebanyakan kawasan letak kereta? Mohon penjelasan lanjut daripada pihak DBP.Untuk makluman,  "parkir" ialah perkataan Indonesia dan tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, "parkir" ialah tempat letak kereta atau tempat letak kenderaan. Penggunaan "parkir" di kawasan berkenaan mungkin  disebabkan pihak yang berkenaan tidak merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah27.11.2015
MOHON UNTUK SEMAK PERKATAAN INI PARKIR ATAU PAKIR ATAU PARKING = TEMPAT LETAK KENDERAAN

Parkir ialah bahasa Indonesia yang bermaksud meletak kenderaan. Oleh itu dalam bahasa Melayu "parking" ialah tempat meletak kenderaan.

Makna12.08.2009
Mohon pencerahan berkaitan dengan penggunaan perkataan Parkir atau Parking yang membawa maksud tempat letak kereta yang diterima pakai oleh DBP? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan DBP, perkataan "parkir" bermaksud tempat atau kawasan khas yang disediakan untuk meletakkan kereta, motosikal dan sebagainya untuk beberapa waktu, yang kadangkala dikenakan bayaran; tempat letak kereta. Manakala perkataan "parking" pula merupakan bahasa Inggeris yang bermaksud  ruang letak kereta. Berdasarkan pertanyaan tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah "parkir". Penyemakan dan penterjemahan03.06.2020
1. Adakah perkataan 'parkir' dan 'jengkaut'(tiada dalam Kamus Dewan) diterima oleh DBP dalam penulisan formal? 2. Penggunaan kata ganti nama diri 'ia' tidak dicatatkan dalam Kamus Dewan sebagai kata ganti nama diri untuk binatang. Oleh itu, saya berpegang bahawa 'ia'jelas bukan merujuk binatang. Betulkah saya?

1. Parkir ialah perkataan Indonesia, dalam bahasa Melayu ialah 'tempat letak kereta' atau 'medan kereta'. Istilah yang tepat bagi jengkaut ialah pengorek kaut.

2. 'Ia' ialah kata ganti diri ketiga atau benda yang dibicarakan (bukan binatang).

 

Istilah26.02.2011
parkir atau parking?.. merujuk kepada jawapan DBP,apa bezanya bahasa indonesia dengan bahasa melayu?..bahasa indonesia adalah bahasa melayu juga..parking itu adalah bahasa inggeris.keliru dengan jawapan dari DBP..sekadar memberi pendapat. terima kasih.

Saudara Hairi,

Padanan bahasa Melayu yang digunakan di negara kita sebagai bentuk yang baku dan betul ialah tempat atau ruang letak kereta.  Seperti yang dinyatakan sebelum ini perkataan parkir digunakan di negara Indonesia.   

Istilah12.08.2009
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. 1. car park office - pejabat parkir 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila teruskan ke tahap seterusnya1. car park office - pejabat tempat letak kereta
2. operation hour - waktu operasi
3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket
4. please proceed to next level - sila ke aras seterusnya
Tatabahasa29.08.2012
12

Kembali ke atas