Aytoun, William Edmondstoune (1813–
1865), penyair dan humoris Scotland, yang
terkenal kerana Bon Gaultier Ballads (1845), satu
siri parodi yang cemerlang, yang ditulisnya
bersama Sir Theodore Martin. Antara penulis
yang diparodi dalam tulisannya ialah Tennyson,
Macaulay dan Elizabeth Barrett Browning. Aytoun
lahir di Edinburgh dan mendapat pendidikan di
Edinburgh Academy dan Edinburgh University. Di
universiti ini, dia dilantik menjadi profesor retorik
dan persuratan pada tahun 1845. Buku sajaknya
yang pertama, Poland, Homer and Other Poems ,
diterbitkan pada tahun 1832. Lain-lain karya
Aytoun termasuklah Lays of the Scottish Cavaliers
(1848).