Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ro.di] | ڤرودي

Definisi : karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg me­lucukan atau menyindir; memparodikan menghasilkan parodi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parodi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paratextualityparatekstualitiKesusasteraanTiadaPencedokan bahan daripada karya asal yang kemudiannya digunakan dalam teks baharu bertujuan menghasilkan parodi. Parodi ialah karya sastera yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yang melucukan atau menyindir.
parodyparodiMuzikTiada

 1. Karya yang dicipta untuk mempersendakan karya lain yang lebih serius melalui karikatur muzikal. Contohnya, teks baru yang berjenaka digunakan untuk menggantikan teks asal, suasana dan perwatakan karya asal diputar belit dan ditokok tambah. Contohnya, Golliwog's Cake Walk dari­pada Children's Corner oleh Debussy (1862-1918).

2.  Karya polifoni pada abad ke-15 dan abad ke-16 yang mengubah suai sesuatu karya yang sedia ada. Motetus merupa­kan salah satu daripada genre vokal yang digunakan sebagai asas karya parodi. Contohnya, parodi keyboard dan missa parodi. Palestrina, Lassus dan Victoria ialah komposer Zaman Pembaharuan yang banyak menghasilkan missa parodi. Contohnya, karya Missa O Magnum Mysterium oleh Giovanni Palestrina (sekitar tahun 1525-1594).

parodyparodiKesusasteraanTiadaTiada
parodyparodiKesusasteraanPuisiPeniruan terhadap gaya sesebuah puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair yang lain. Peniruan mungkin sebahagian dan mungkin juga sepenuhnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan unsur ejekan atau kelucuan kepada penyair asalnya. Contohnya, puisi "Bagaimana Kalau ..." karya Usman Awang. Bagaimana kalau pada suatu saat Ketika menjalankan tugas yang maha berat Untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau Terpangkas sampai ke pangkal Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta?
parodyparodiKesusasteraanTiadaBentuk puisi ringan yang merupakan suatu gubahan, mengandungi unsur-unsur mengejek secara serius terhadap sebuah karya asal seseorang pengarang.
satiresatiraKesenianDrama dan TeaterGaya parodi atau sindiran dalam karya seni atau sastera untuk tujuan kritikan sosial. Watak dalam karya jenis ini biasanya terdiri daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Contohnya, novel Tikus Rahmatkarya Hassan Ibrahim.
pastichepasticKesusasteraanTiadaPerasaan merendahkan, digunakan dalam satira atau parodi.
satyr playlakon satiraKesenianDrama dan TeaterDrama yang mengemukakan cerita melalui parodi atau sindiran secara langsung.
metafictionmetafiksyenKesusasteraanTiadaBentuk karya fiksyen yang bertujuan untuk mengangkat karya sastera sebagai artifak yang mempersoalkan hubungan antara fiksyen dengan realiti. Karya metafiksyen ini disampaikan melalui teknik parodi atau merombak teknik naratif konvensional.
clichekliseKesusasteraanTiadaUngkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah.

Kembali ke atas