Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[par.snip] | ڤرسنيڤ

Definisi : sj tumbuhan yg ubinya berwarna krim dan boleh dimakan sbg sayuran, Pastinaca sativa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parsnip


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARSNIP

Parsnip ialah sayur dwitahunan yang mempunyai

banyak daun bercuping dalam dan halus. Bahagian

parsnip yang boleh dimakan ialah akar putihnya

yang panjang tirus. Parsnip ialah tumbuhan biasa

di laman rumah, tetapi sayur ini tidak penting dari

segi komersial. Parsnip berkaitan dengan lobak

merah dan adas.

UMUM 
PARSNIP LEMBU

Parsnip lembu ialah tumbuhan yang besar,

kasar di Amerika Utara, yang berkaitan rapat

dengan hogweed di Eropah dan Asia.

UMUM 
SALSIFY

Salsify ialah sayur dwitahunan. Ia juga dinamakan

tumbuhan tiram kerana akarnya yang berisi berasa

seperti rasa tiram. Tumbuhan ini berasal dari kawasan Mediterranean,

tetapi kini ditanam dengan meluas di kedua-dua

bahagian Atlantik. Akarnya yang tirus digunakan di

Eropah dan Amerika sebagai sayur. Cara yang

biasa menyediakan salsify ialah dengan merebusnya

sehingga empuk dan kemudian dikrim. Rasanya

juga sedap kalau direbus dan kemudian dicelup

dalam serbuk biskut dan digoreng. Peladang

menanam salsify dengan cara yang sama seperti

menanam parsnip. Akarnya boleh disimpan dalam

musim sejuk sama ada dalam tanah atau disimpan

dalam tanah yang sejuk, lembap.

Pengelasan saintifik.

Salsify tergolong dalam famili komposit, Compositae

(Asteraceae). Ia dikelaskan sebagai

Tragopogon porrifolius .

Lihat juga Parsnip.

UMUM 

Kembali ke atas