Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[par.ti] | ڤرتي

Definisi : 1. = ~ politik satu golongan (kumpulan) orang yg bergerak utk tujuan (dasar dll) yg sama dlm politik: ~ Perikatan; ~ Rakyat; ~ pemerintah; ~ pembangkang parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan; ~ pemerintah parti politik yg menjadi pemerintah atau menubuhkan kerajaan sesebuah negara; 2. perjumpaan sosial utk bersuka-sukaan: mengadakan ~ di rumahnya; berparti 1. mengikut (menjadi ahli) sesuatu parti politik; 2. menurut (berdasarkan) parti politik: pemerintahan secara ~ sudah tidak dapat dielakkan terutama di negeri-negeri demokrasi; kepartian perihal parti (politik), yg ber­asaskan atau mengenai parti: julukan kanan dan kiri digunakan utk membezakan jenis aliran ~; maka dlm konteks ini politik ~ begitu dominan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[par.ti] | ڤرتي

Definisi : 1 golongan atau kumpulan orang yg mempunyai tujuan serta dasar yg sama dlm hal-hal politik: ~ UMNO; ~ Islam. 2 majlis perjumpaan utk bersuka-suka dll: ~ tari-menari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pertubuhan, persatuan, kesatuan, kumpulan, gabungan, perbadanan, organisasi, yayasan, badan, lembaga.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
two-party systemsistem dua partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem parti yang memiliki dua parti yang dominan bersaing dan bersilih ganti menguasai kerajaan. Walaupun begitu, terdapat juga parti-parti lain bersaing dalam negara ini tetapi biasanya hanya salah satu daripada dua parti yang dominan ini berkuasa. Contohnya, di United Kingdom hanya Parti Buruh dan Parti Konservatif yang silih berganti menguasai kerajaan walaupun dalam negara itu terdapat juga Parti Demokratik Sosial dan Parti Demokratik Liberal.
popular frontbarisan popularSains PolitikPolitik PerbandinganGabungan atau kerjasama beberapa parti politik untuk menentang pihak lawan yang sama. Lazimnya barisan ini ditubuhkan oleh parti-parti komunis. Konsep ini dipopularkan oleh Dirmitrov dalam Konvensyen Komunis Antarabangsa (Comintern) ke-7 pada tahun 1935 sebagai strategi untuk cuba mengatasi gerakan fasis pada masa itu. Gabungan ini dikatakan barisan popular kerana parti komunis sering dirujuk sebagai parti untuk orang rarnai. Parti komunis menubuhkan gabungan ini untuk mendapat sokongan yang banyak dan seterusnya berkuasa. Contohnya, gabungan parti komunis di Eropah terutamanya di Perancis dan Sepanyol yang dibentuk pada tahun 1936-1938 sebagai langkah untuk mengatasi perkembangan Parti Fasis.
splinter partyparti serpihanSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977.
party systemsistem partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem persaingan dan perkembangan parti politik dalam sesebuah negara. Pembentukan sesuatu sistem parti amat dipengaruhi oleh latar belakang masyarakat, ideologi dan sejarah perkembangan politik negara tersebut. Terdapat pelbagai jenis sistem parti antaranya ialah sistem satu parti yang menggambarkan hanya terdapat sebuah parti politik wujud dan dibenarkan seperti negara China. Sistem dua parti pula menggambarkan terdapat dua parti dominan yang silih berganti menguasai pemerintahan seperti yang terdapat di United Kingdom dan Australia dan sistem berbilang parti yang mempunyai banyak parti bersaing. Sistem berbilang parti ini memungkinkan hanya sebuah parti yang akan menang dan menguasai pemerintahan seperti di Itali. Sistem parti di Malaysia dan Singapura bersifat satu parti dominan apabila hanya parti yang sama menang dalam setiap pilihan raya walaupun terdapat banyak parti bersaing. Parti yang menang ini merupakan parti yang menjadi pilihan rakyat.
third partyparti ketigaSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang muncul dalam negara yang mengamalkan sistem dua parti. Sistem dua parti yang diamalkan mula tercabar dengan kemunculan parti ketiga yang telah menunjukkan keupayaan untuk menjadi dominan dalam jangka masa yang agak panjang. Dengan kemunculan parti ketiga ini, persaingan untuk menguasai kerajaan lebih kompetitif. Contohnya, Parti Liberal Demokratik merupakan parti ketiga di United Kingdom pada dekad 1990-an.
dominant partyparti dominanSains PolitikPolitik PerbandinganParti yang sangat berkuasa dan menguasai kerajaan dalam sesebuah negara. Parti ini mendominasi politik sesebuah negara dan kedudukannya sukar dicabar oleh parti lain. Kekuatan parti ini dibuktikan melalui penguasaannya ke atas kerajaan yang tidak pernah tergugat setiap kali pilihan raya diadakan. Parti ini juga disinonimkan sebagai kerajaan. Penentangan terhadap parti ini sering dianggap sebagai menentang negara atau kerajaan. Contohnya, Barisan Nasional (BN) di Malaysia dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura.
opposition partyparti pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik bukan kerajaan yang bergerak untuk bersaing dengan parti pemerintah, menyemak perjalanan pentadbiran kerajaan dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan. Konsep parti pembangkang tidak sahaja terbatas kepada parti yang memiliki kerusi di dewan perwakilan tetapi juga parti pembangkang yang tidak memiliki sebarang kerusi perwakilan. Parti pembangkang juga boleh bergerak secara sendirian atau gabungan. Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia.
one-party systemsistem satu partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang membenarkan hanya satu parti politik wujud dalam sebuah negara. Kehadiran parti lain atau parti pembangkang dianggap menyalahi undang-undang dan diharamkan. Sistem ini hanya terdapat di negara yang mengamalkan sistem politik komunis dan fasis. Parti tunggal yang wujud inilah yang akan membentuk kerajaan, memonopoli persaingan politik dan pembangunan negara tersebut. Persaingan politik hanya wujud dalam bentuk persaingan dalaman parti yang bersifat terbatas. Contohnya, Parti Komunis China di Republik Rakyat China dan pemerintahan Parti Nazi Jerman di bawah pemerintahan Hitler.
ruling partyparti pemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang mendominasi dewan perundangan dan menguasai kerajaan dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Parti ini perlu mendapatkan sokongan majoriti di dewan perundangan untuk membentuk kerajaan serta memerintah negara. Parti pemerintah ini boleh muncul dalam bentuk sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau dalam bentuk gabungan seperti Barisan Nasional (BN). Parti pemerintah juga boleh dipilih sekali Iagi dalam pilihan raya berikutnya atau boleh digantikan dengan parti lain, bergantung kepada sokongan majoriti.
one-party dominantdominan satu partiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang dikuasai oleh sebuah parti yang sering kali berjaya menguasai sesebuah kerajaan. Walaupun pelbagai parti dibenarkan bersaing dalam pilihan raya, namun parti dominan ini yang pasti menang. Kemenangan yang dicapai membolehkan parti ini memperkukuhkan kedudukannya dengan menguasai segala agensi pemerintahan serta memastikan penguasaannya dalam pilihan raya akan datang. Contohnya, sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura atau parti gabungan Barisan Nasional di Malaysia.
12345678910...

Kembali ke atas