Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : satu golongan (kumpulan) orang yg bergerak utk tujuan (dasar dll) yg sama dlm politik: ~ Perikatan; ~ Rakyat; ~ pemerintah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
parti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pertubuhan, persatuan, kesatuan, kumpulan, gabungan, perbadanan, organisasi, yayasan, badan, lembaga.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARTI POLITIK

Parti politik ialah kumpulan orang yang teratur

yang mengawal, atau cuba mengawal sesebuah

kerajaan. Di negara demokrasi, parti politik bersaing

antara satu sama lain dalam pilihan raya untuk

mengekalkan atau menguasai sesebuah kerajaan.

Parti politik boleh bergiat aktif di peringkat

kebangsaan, negeri atau wilayah, dan daerah.

UMUM 
PEOPLE'S ACTION PARTY (PAP)parti politik (Parti yang menguasai kerajaan Singapura)SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PARTI-PARTI UNIONIST

Parti-parti Unionist (Kesatuan) di Ireland Utara

ialah parti politik yang menyokong supaya

kesatuan (hubungan politik ) antara Ireland Utara

dengan Great Britain dikekalkan. Ahli Unionist

menyokong kuat kemasukan Ireland Utara ke

dalam United Kingdom dan membantah sebarang

perubahan politik yang boleh menyebabkan

Ireland Utara menjadi sebahagian daripada

Republik Ireland.

UMUM 
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(UMNO), parti politik. UMNO ialah singkatan bagi

United Malays National Organisation atau

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(PEKEMBAR). Ia adalah parti politik yang paling lama

hayatnya dan yang terbesar di Malaysia. Ia

membentuk kerajaan sejak tahun 1955 sehingga kini,

bersama-sama dengan parti-parti lain.

UMUM 
PARTI WHIG

Parti Whig ialah nama yang diberikan kepada

parti-parti politik di England, Scotland, dan

Amerika. Whig ialah singkatan kata bagi

whiggamore, perkataan bahasa Scotland yang

digunakan untuk menggambarkan penduduk barat

Scotland yang menentang pemerintahan Raja

Charles I pada tahun 1648. Musuh politik bagi

kumpulan Whig dikenali sebagai Tory.

UMUM 
PARTI BERSATU SABAH (PBS)

Parti Bersatu Sabah (PBS), parti politik. PBS

ialah singkatan Parti Bersatu Sabah. Parti politik di

negeri Sabah ini telah didaftarkan dengan

rasminya pada 5 Mac 1985. Datuk Seri Joseph

Pairin Kitingan ialah perancang utama

penubuhan PBS. Dia telah dilantik untuk

mengetuai parti tersebut.

UMUM 
PARTI BURUH

Parti Buruh ialah parti politik pertama

ditubuhkan di Britain bagi menggalakkan dasar

sosialis. Parti Buruh British merupakan salah

sebuah parti politik yang terkemuka di negara

tersebut. Parti Buruh juga terdapat di negara-

negara lain. Rencana ini, sebahagian besarnya

mengenai Parti Buruh British dan Ireland.

UMUM 
PERWAKILAN BERKADAR

Perwakilan berkadar ialah satu sistem

memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini

dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan

perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya

daripada jumlah keseluruhan undi dalam

pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang

kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih.

Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas:

(1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan

dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama;

(2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk

memberikan setiap parti politik bahagian undi

yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih

daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur-

unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan

Sistem Hare .

UMUM 
PERIKATAN NASIONAL INDONESIAParti politik beraliran nasionalis radikal di Indonesia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SINN FÉIN

Sinn Féin ialah parti politik nasionalis yang

memainkan peranan penting dalam usaha

memperjuangkan Republik Ireland yang merdeka.

Dalam perkataan Gaelik, ia bermaksud kita sendiri.

Wartawan Ireland, Authur Griffith, membentuk Sinn

Féin sebagai Persatuan Nasionalis Ireland pada

tahun 1905. Pada masa itu Ireland adalah sebahagian

daripada Great Britain. Sinn Féin mendesak orang

Ireland supaya tidak membayar cukai, membantu

Parlimen British, pasukan tentera atau mematuhi

perintah Mahkamah British.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas