Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ruh] | ڤاروه

Definisi : bahagian mulut pd haiwan jenis burung yg terdiri drpd rahang yg mengunjur yg diliputi selaput belulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ruh] | ڤاروه

Definisi : ; separuh 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; memaruh membahagi (membelah) dua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ruh] | ڤاروه

Definisi : mulut atau muncung yg keras spt yg terdapat pd burung dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ruh] | ڤاروه

Definisi : ; separuh salah satu bahagian drpd sesuatu yg dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). ~ mahir belum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. ~ sedar tidak sedar sepenuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paruh

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
duckbillskasut paruh itikKesenianTiadaKasut paruh itik: Kasut tanpa tumit, bahagian hadapannya berbentuk paruh itik, dipakai oleh lelaki pada tahun 1490-1540 di England.
keiko uchipukul paruhSukanTiadaPukulan jari tangan yang kuncup rapat seperti paruh.
keito uchipukul paruhSukanTiadaPukulan jari tangan yang kuncup rapat seperti paruh.
duckbills capkep paruh itikKesenianTiadaKep jerami atau kap fabrik felt yang mempunyai sudu berbentuk paruh itik, dipakai pada zaman revolusi Perancis 1789-1799.
beakparuhVeterinarPraklinikal1. Rahang burung yang mengunjur ke depan; yang diliputi kulit keras. 2. Sesuatu yang berbentuk paruh burung. Contohnya; tulang rostrum.
rostrumrostrumBiologiHistologi dan Sitologi1 paruh burung, atau cuaran yang menyerupai paruh. 2 Pangkal anterior gregarin yang membentuk epimerit. 3 Cuaran yang menonjol di antara mata udang ketak. 4 Plat ventral median di pangkal perisai (karapas) di bahagian belakang Cirripedia. 5 Labrum pada labah-labah. 6 Susuh atau mukro di pangkal posterior kulit keras (sepion) sotong. 7 Kawasan pranasal. 8 Lunjuran di bahagian anterior basisfenoid. 9 Cuaran yang mengarah ke belakang pada pangkal anterior korpas kalosum.
beakheadkumai paruhKesenianHiasan DalamanKumai perhiasan berukir dan bergulung yang terdiri daripada barisan kepala burung, kepala binatang atau kepala manusia. Kumai perhiasan ini banyak digunakan pada era seni bina Norman, abad ke-16 hingga abad ke-18. Kumai paruh terletak pada bahagian paling hadapan kapal layar yang menjulur keluar serta berfungsi sebagai pelantar untuk pelayar melaksanakan kerja penyelenggaraan jongor.
beakparuhKomunikasiTiadaTiada
beakparuhVeterinarTiadaTiada
beakparuhPertanianTiadaTiada
123

Kembali ke atas