Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : 1. jodoh, kelamin (laki-laki dan perempuan atau jantan dan betina); 2. dua benda yg melengkapi satu sama lain: tiga ~ selipar, dua ~ stoking; 3. selengkap, sepe­rangkat, satu set: dua ~ pakaian; sepasang 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perem­puan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupa­kan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja; berpasang = berpasangan; berpasang-pasang 1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~; memasangkan menjadikan sepasang (dgn), menjodohkan; pasangan 1. barang apa yg merupakan pa-sang (jodoh dll): ~ dr Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; 2. jodoh (imbangan, lengkapan): ~ hidup; benda ini mana ~nya? berpasangan 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pa­sangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : 1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut: apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; 2. ki semakin kuat (bkn penyakit); ~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar (perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~ keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~ menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil, keadaan, dll); adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi pada kemudian hari; berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : ; ~ siap (yg) dibina atau dibuat dgn mengena-ngenakan atau mencantum-can­tumkan bahagian-bahagiannya yg telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : 1 dua orang yg terdiri drpd seorang lelaki dan seorang perempuan; dua ekor binatang yg terdiri drpd seekor jantan dan seekor betina; jodoh; kelamin: se~ anak ayam. 2 dua benda yg satu menjadi pelengkap kpd yg lain dan sebaliknya: Ada dua ~ kasut pd saya. 3 beberapa benda yg semuanya dikira satu; selengkap; set: se~ baju Melayu. berpasang-pasang 1 berdua-dua; sepasang-sepasang: Kemudian mereka pun menari ~. 2 beberapa pasang: ~ kasut. memasangkan menjadikan sepasang (dgn); menjodohkan: Dia bersetuju jika anaknya dipasangkan dgn gadis itu. pasangan sesuatu yg menjadi regu atau jodoh kpd sesuatu yg lain; satu drpd dua yg berpasang-pasang: Stoking ini mana ~nya? berpasangan 1 ada pasangannya; berdua: Dia pergi seorang diri, tidak ~. 2 merupakan pasangan kpd: Dia ~ dgn saya ketika pergi ke majlis itu. berpasang-pasangan dlm kumpulan dua-dua; terdapat pasangan-pasangannya: Mereka berbaris ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : menjadi lebih tinggi parasnya (bkn air laut atau air sungai); lw surut; naik: Hari ini air laut ~ pd pukul sepuluh pagi. ~ surut a. paras air laut yg berubah-ubah menjadi tinggi (pasang) dan menjadi rendah (surut). b. ki banyak atau sedikitnya; baik atau buruknya dll (ttg keadaan, hasil dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : ; memasang 1 mengenakan api pd sesuatu supaya bernyala atau terbakar; menyalakan (lampu dll); melepaskan (tembakan meriam): ~ pelita. 2 menyambungkan beberapa bahagian yg disediakan dahulu supaya menjadi lengkap; membuat sesuatu supaya lengkap jadinya: ~ kereta; ~ langsir jendela; ~ paip air. 3 meletakkan sesuatu (spt lukah) di tempat-tempat tertentu utk menangkap benda-benda yg lalu di situ; menahan (lukah dll): ~ jerat; ~ jaring. 4 memulakan perjalanan sesuatu jentera; menghidupkan: ~ enjin. 5 ist tindakan mengenakan atau menyambungkan perkakasan atau perisian ke dlm sistem komputer. ~ badan menghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll. ~ bendera menaikkan atau mengibarkan bendera. ~ harga menentukan harga. ~ kaki mengadakan orang utk mengintip dll. ~ mata memperhatikan baik-baik. ~ mata-mata mengambil polis utk menjaga sesuatu. ~ telinga mendengar dgn sungguh-sungguh dan berhati-hati; mendengar baik-baik. memasangi memasang pd atau di: ~ siling dgn kipas. memasangkan 1 menyebabkan sesuatu dilekatkan pd. 2 memasang sesuatu utk. terpasang sudah dipasang atau dipasangkan: Lampu berwarna-warni ~ di keliling rumah. pemasangan perbuatan atau kerja memasang: Kebanyakan kemalangan elektrik disebabkan oleh kecuaian, kejahilan dan ~ wayar yg tidak betul. pemasang orang yg memasang sesuatu: ~ paip. pepasangan ist sistem yg terdiri drpd perkakas atau alat-alat (spt wayar elektrik) yg telah dipasang; sesuatu yg dipasang (terutama perkakas elektrik): Sebarang sambungan kpd ~ yg ada hendaklah dilakukan oleh kontraktor penyambung wayar yg berdaftar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang

Puisi
 

Pasang ini pasang purnama,
     Daun cempedak tidak melayang;
Datang ini datang bertanya,
     Hendaklah tidak berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Pasang masuk muara.

Bermaksud :

Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pasang pelita dilanggar tikus.Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pasang masuk muara.Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.Nasib manusia tidak dapat ditentukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.Hidup di dunia adakalanya senang dan adakalanya susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat pasang berturun naik.Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada pasang surutnya.Untung dan malang tidak tetap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati.Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak mengenang pasang surut.Tiada mengingat akan kesusahan pada hari tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telinga rabit, pasang subang di kaki.Sesuatu hal yang tidak patut dipatutkan, akhirnya jadi tertawaan orang ramai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan difikirkan air pasang saja.Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas