Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh signboard2 jalan yang kelihatan di pasang oleh pihak PBT > (1). J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar (2). T. Tasik Perdana > Tmn. Tasik Perdana > Taman Tasik Perdana (3). B. Tun Razak > Bdr. Tun Razak> Bandar Tun Razak (4). Jln.T.A. Rahman sepatutnya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Nama Agong yang pertama) (5). K.Trengganu/Terengganu sepatutnya Kuala Trengganu/Terengganu (6). K.Lipis sepatutnya Kuala Lipis. Soalan saya signboard yang mana pihak PBT wajib pakai/guna apabila membuat signboard jalan. Saya syor dan cadangkan supaya semua perkataan short form tidak dibenarkan. Mohon dapat pengesahan pihak DBP dan memantau keatas perkara ini demi generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ejaan pada papan tanda ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain19.11.2010
Apakah maksud bahan almanak dan direktori?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum.

2.   Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera.

Makna19.06.2009
Adakah ayat-ayat ini betul? 1. Air sungai itu biasanya akan pasang pada waktu malam. 2. Cuaca pada hari ini sangat dingin sekali.

1. Betul.

Tatabahasa16.07.2010
1) di kalangan adik-beradik atau di kalangan adik. 2) sepasang seluar atau sehelai seluar.

1. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat.     Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, frasa yang betul ialah dalam kalangan adik-beradik

2. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, sepasang bermaksud satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap dan sehelai bermaksud satu helai. oleh itu, jawapan yang betul ialah sehelai seluar.
Tatabahasa20.03.2011
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasihKami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit).Tatabahasa14.06.2012
Apa terjemahan untuk istilah-istilah berikut? 1. Royal flush 2. Straight flush 3. Four of a kind 4. Full house 5. Flush 6. Straight 7. Three of a kind 8. Two pair 9.One pair 10. High card Terima kasih1. royal flush - sama bunga tertinggi (terup) 2. straight flush - sama bunga jujukan (terup) 3. four of a kind - empat jenis senilai (terup) 4. full house - set penuh (terup) 5. flush - sama bunga (terup) 6. straight - jujukan (terup) 7. three of a kind - tiga jenis senilai (terup) 8. two pair - dua pasang (terup) 9.one pair - sepasang (terup) 10. high card - kad utama (terup)Istilah01.07.2022
Selamat Pagi, saya nak apply lessen dan pasang banner dekat kedai Bandar Saujana Putra, MPKJ suruh I dapatkan semakan dari Dewan Bahasa baru boleh dapat apply lessen untuk banner. Terima Kasih.

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)1">

Lain-lain16.10.2017
Salam sejahtera ! Mohon tistilah bahasa Melayu bagi perkataan berikut yang sering digunakan dalam pembelajaran abad ke-21 1. Round table 2.Think-pair-share 3.hot seat 4.role-play 5.gallery walk 6. three stray, one stay Trima kasih.

Padanan bagi istilah berkenaan adalah sepeti yang berikut:
1. round table =  meja bulat1">

2. think-pair-share  =  fikir-pasang-kongsi1">

3. hot seat  =  kerusi panas1">

4. role-play  =  main peranan
5. gallery walk  =  jalan galeri
6. three stray, one stay  =  satu tetap tiga lilau

Istilah27.12.2017
Assalamualakum tuan..saya memerlukan salinan surat pengesahan penggunaan bahasa iklan daripada Dewan Bahasa dan pustaka, bagi permohonan pemasangan banner dari majlis daerah Segamat. disini saya sertakan gambaranbanner yang hendak di pasang.terima kasih atas pemerhatian tuan.

1"> 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)1">

Lain-lain30.10.2017
Assalamualakum tuan..saya memerlukan salinan surat pengesahan penggunaan bahasa iklan daripada Dewan Bahasa dan pustaka, bagi permohonan pemasangan banner dari majlis daerah Segamat. disini saya sertakan gambaranbanner yang hendak di pasang.terima kasih atas pemerhatian tuan...saya ada 2 banner yang hendak dipasang

1"> 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)1">

Lain-lain30.10.2017

Kembali ke atas