Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (la­pangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai; ~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd pe­niaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam­-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran; pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); pemasaran perihal atau perbuatan mema­sarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian; pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,

Puisi
 

Pergi ke pasar membeli bayam,
     Bayam ada bercampur kangkung;
Jangan diturut resmi ayam,
     Belum bertelur riuh sekampung.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
lebuh-lebuh raya? lebuh raya-lebuh raya? pasar-pasar raya? pasar raya-pasar raya? yang mana betul? terima kasih.Penggunaan yang betul ialah lebuh-lebuh raya dan pasar-pasar raya. Walau bagaimanapun perkataan ini tidak digandakan kerana untuk memastikan sama ada perkataan tersebut dalam bentul tunggal atau jamak boleh dilihat kepada keseluruhan ayat. Ayat "Perjalanan ke rumahnya melalui sebatang lebuh raya ..." sudah pasti dalam lebuh raya tersebut dalam bentuk tunggal dan ayat "Pasar raya di seluruh negara akan menganjurkan ..." sudah pasti banyak pasar raya yang terlibat.Ejaan20.06.2011
apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi KarimBagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos.Tatabahasa01.04.2008
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam?

Salam sejahtera puan,
 
Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam.

    Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam.

Makna01.11.2012
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
1)pada suatu hari,saya ke pasar. 2) di suatu hari,saya ke pasar. 3)pada satu hari, saya ke pasar. yang mana satu betul?1. Pada suatu hari, saya ke pasar.Tatabahasa13.05.2011
Rupa buah "kelapa laut" yang biasa dilihat dijual di pasar-pasar malam adalah seperti yang dilihat dalam gambar di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Borassus_flabelliferDan nama saintifik yang diberikan ialah "Borassus flabellifer".Tetapi pencarian istilah "kelapa laut" di PRPM memberi takrifan "Lodoicea maldivica", iaitu buah ini:http://en.wikipedia.org/wiki/Coco_de_MerJadi, mana satu buah "kelapa laut" yang betul?Untuk makluman nama saintifik yang diberikan, iaitu  Lodoicea maldivica terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.  Nama saintifik ini merupakan nama untuk sejenis kelapa laut. Mungkin nama yang puan kemukakan merupakan salah satu spesies kelapa laut.Istilah02.11.2011
Sekiranya perkataan pasar raya Giant digunakan di tengah ayat, perkataan pasar raya, huruf " p dan r " perlu ditulis secara huruf besar? Terima kasih.Pasar raya Giant ditulis dengan huruf kecil apabila di tengah ayat kerana merujuk kata nama am, sekiranya perkataan tersebut kata nama khas seperti Pasar Raya Giant Batu Caves, perlu ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa07.03.2016
Selamat pagi. Perkataan Membeli-belah hanya boleh digunakan di pasar raya? Di pasar boleh kita gunakan perkataan Membeli-belah? Terima kasih

Perkataan “membeli-belah” bukan hanya boleh digunakan untuk merujuk pembelian barang di pasar raya sahaja, akan tetapi di pasar juga.

Tatabahasa06.07.2023
Salam sejahtera, Tuan; Manakah yang betul? Pasar raya Tesco atau Pasar Raya Tesco? Terima kasih.Pasar Raya TescoTatabahasa08.02.2013
BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYABoleh. Sentral bermaksud  1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara.Istilah09.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas