Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pasar yg terbesar di sesuatu kawasan tempat barang makanan spt ikan, sayur, dan buah-buahan dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tukarkan perkataan rumi ke jawi PASAR BESAR MELAKA SENTRALPASAR BESAR MELAKA SENTRAL -ڤاسر بسر ملاک سينترل  Ejaan30.09.2015
apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi KarimBagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos.Tatabahasa01.04.2008
Riuh seperti pasar, besar seperti gajah telah digunakan dalam Buku Teks Tahun 2 SJKC. Ingin saya tahu maksud dengan lebih lanjut kegunaannya. Suasana Majlis perkahwinan riuh seperti pasar, udang galah yang dihidangkan itu besar seperti gajah tepat atau tidak kegunaannya. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat bagi perumpamaan riuh seperti pasar betul penggunaannya di dalam ayat. Tetapi, penggunaan perumpamaan besar seperti gajah kurang sesuai di dalam ayat kerana udang galah tidak akan kelihatan sebesar gajah.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa29.01.2018
Sekiranya perkataan pasar raya Giant digunakan di tengah ayat, perkataan pasar raya, huruf " p dan r " perlu ditulis secara huruf besar? Terima kasih.Pasar raya Giant ditulis dengan huruf kecil apabila di tengah ayat kerana merujuk kata nama am, sekiranya perkataan tersebut kata nama khas seperti Pasar Raya Giant Batu Caves, perlu ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa07.03.2016
bagaimana penggunaan huruf besar untuk 'pasar raya keramat"Ejaan yang tepat ialah Pasar Raya Keramat.Lain-lain30.10.2010
Carrefour mempunyai 2 jenis perniagaan iaitu pasar raya besar (logo biru merah) dan market (logo merah). Kami akan membuka satu cawangan Carrefour Market baru di Jalan Ipoh dan untuk permohonan lesen perniagaan oleh DBKL, diwajibkan untuk mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Kami lampirkan kedua-dua logo kami untuk rujukan. Untuk makluman pihak tuan, perkataan 'market' dibawah logo kami adalah sebahagian daripada logo itu sendiri seperti yang diluluskan oleh pihak atasan ibu pejabat di Perancis.Penggunaan bahasa dalam logo yang dilampirkan betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain04.09.2012
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
Tuan / Puan, kami ingin mendapatkan kelulusan ini untuk papan tanda ini di baru pusat membeli-belah pasar raya besar. Itu adalah jenama luar negara Arab dipanggil Lulu. Bolehkah kita mempunyai nasihat anda?Setiap paparan di tempat awam mestilah menggunakan bahasa kebangsaan. Nama bangunan yang telah didaftarkan boleh dikekalkan, namun mesti ada keterangan dalam bahasa Melayu.
Contoh:

PUSAT BELI-BELAH (keterangan iklan)

LULU (nama bangunan)

Dimiliki oleh:... (diikuti nombor sijil pendaftaran)
Tatabahasa29.10.2015
Tuan / Puan Tuan / Puan, kami ingin mendapatkan kelulusan ini untuk papan tanda ini di baru pusat membeli-belah pasar raya besar. Itu adalah jenama luar negara Arab dipanggil Lulu. Bolehkah kita mempunyai nasihat anda?Setiap paparan di tempat awam mestilah menggunakan bahasa kebangsaan. Nama bangunan yang telah didaftarkan boleh dikekalkan, namun mesti ada keterangan dalam bahasa Melayu.
Contoh:

PUSAT BELI-BELAH (keterangan iklan)

LULU (nama bangunan)

Dimiliki oleh:... (diikuti nombor sijil pendaftaran)
Tatabahasa29.10.2015
Mana patut saya gunakan? 1 Dia berasal dari negeri Pahang. 2 Dia berasal dari Negeri Pahang. 3 Saya membeli-belah di pasar raya Sunshine. 4 Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 5 Dia ialah guru besar SK Air Itam. 6 Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 7 Dia ialah Guru besar SK Air Itam. 8 Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. 9 Dalam majlis itu, Guru Besar memberikan ucapan. 10 Dia berasal dari Negara Jepun. 11 Dia berasal dari negara Jepun. 12 Mak cik Minah berada bersama dengan kami. 13 Mak Cik Minah berada bersama dengan kami.

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1.   Dia berasal dari negeri Pahang.

2.  Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine.

3.  Dia ialah Guru Besar SK Air Itam.

4.  Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. (Nota: guru besar dalam konteks ayat ini ialah  kata nama am dan hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali dijadikan kata nama khas; Contohnya, Tuan Haji Ahmad, Encik Ah Chong,  Guru Besar Ali SK Air Itam, Profesor Dr. Ah Lin, Dr. Muru, Kapal Diraja Malaysia, Proton Saga dan sebagainya)

5.  Dia berasal dari negara Jepun.

6.  Mak Cik Minah berada bersama dengan kami.

Tatabahasa10.05.2009
12345

Kembali ke atas