Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pasar yg terbesar di sesuatu kawasan tempat barang makanan spt ikan, sayur, dan buah-buahan dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
central marketpasar besarGeografiTiadaTiada
hypermarketpasar raya besarPentadbiranTiadaKedai yang menggabungkan pasar raya ekonomi dengan stor diskaun.
hypermarketpasar raya besarGeografiTiadaTiada
atriumatriumKesenianHiasan DalamanRuang dalaman yang besar dan tinggi, biasanya terdapat di dalam pasar raya, bangunan pejabat dan ruang legar hotel. Ruang ini lebih menyerlah dengan paduan bumbung kaca berkerangka bingkai besi. Biasanya, ruang ini dihiasi dengan pokok-pokok bagi mewujudkan suasana ceria dan selesa. Dalam seni bina Rom ruang dalaman ini dibiarkan terbuka, terdedah ke langit dan dikelilingi oleh bumbung.
agoraagoraKesenianHiasan DalamanRuang terbuka yang digunakan sebagai tempat perbincangan dan perhimpunan umum atau pasar yang dikelilingi oleh deretan tiang bangunan yang besar. Ruang ini merupakan hasil binaan yang utama dan banyak ditemui dalam tamadun Yunani dan Rom.
overbannertajuk gadangKomunikasiKorporatPenulisan judul utama sesuatu maklumat dalam iklan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan khalayak. Penulisan judul biasanya disediakan oleh syarikat perniagaan dengan menggunakan sepanduk atau poster bersaiz besar. Contohnya, sepanduk mengenai promosi jualan murah yang digantung di bangunan pasar raya. Demikian juga sepanduk yang diletakkan di bangunan perniagaan untuk tujuan penghebahan sesuatu acara, barangan atau perkhidmatan. Penulisan judul utama juga boleh dilakukan dengan membeli atau menaja satu halaman penuh dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. Contohnya, sebuah syarikat farmasi membeli satu halaman penuh ruang iklan dalam akhbar dengan tujuan untuk memaparkan mesej menyokong kempen antimerokok menggunakan tulisan bersaiz besar..
syndicated mailingkiriman gugusanKomunikasiKorporatKaedah mengedarkan iklan yang dibuat oleh agensi yang bertanggungjawab melalui pos berdasarkan senarai sekumpulan penerima yang disediakan oleh syarikat. Nama yang disenaraikan terdiri daripada mereka yang berkepentingan kepada syarikat atau organisasi. Senarai nama ini biasanya diperoleh melalui borang keahlian organisasi atau syarikat yang diberikan oleh para pelanggan. Syarikat dan organisasi perlu mengekalkan hubungan bagi memastikan sokongan pelanggan yang berterusan. Sokongan ini boleh dalam bentuk pembelian barangan, penggunaan perkhidmatan dan peningkatan citra. Contohnya, amalan pengedaran iklan yang dilalukan oleh pasar raya besar.
private brandjenama pengedarKomunikasiKorporatJenama baharu yang diberikan oleh peruncit atau pengedar kepada sesuatu barangan yang mempunyai rantaian kuasa runcit atau edaran yang tinggi. Melalui proses ini, peruncit atau pengedar tersebut akan mengenal pasti syarikat pengeluar yang barangannya dipilih untuk dipasarkan. Barangan yang dibeli daripada syarikat tersebut akan diberi jenama baharu, Barangan ini diedarkan di sebuah rangkaian runcitnya sama ada di dalam atau di luar negara. Oleh sebab kaedah pemasaran barangan ini tidak menggunakan orang tengah dan rangkaiannya luas, maka harga barangan yang dipasarkan adalah lebih rendah berbanding barangan yang sama daripada jenama lain. Di Malaysia, strategi pemasaran seperti ini biasanya diamalkan oleh pasar raya besar.
precinctkawasanSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bahagian dari wilayah atau daerah kecil yang mempunyai sempadan yang jelas, dibahagi berasaskan fungsi pentadbiran, seperti kawasan pilihan raya, kawasan pengawasan polis atau kawasan mukim pentadbiran penghulu. Terdapat beberapa kawasan dalam satu wilayah yang lebih besar yang dibahagi mengikut fungsi pentadbiran ini yang lerletak bersebelahan atau berdekatan antara satu dengan yang lain. Satu kawasan ini mempunyai penduduk, sekolah, tempat ibadat, pasar dan kawasan perniagaannya sendiri. Contohnya, bangunan pentadbiran utama termasuk Pejabat Perdana Menteri terletak dalam Presint 1 Putrajaya.
kioskkiosKomunikasiKorporatRuang atau struktur kecil yang dibina untuk memudahkan aktiviti pemasaran atau pameran barangan dan perkhidmatan. Ruang ini boleh bersifat tetap atau sementara. Kios yang bersifat tetap biasanya dibina di pusat pengangkutan awam seperti di perhentian bas dan lapangan terbang, kawasan rehat dan riadah, serta pasar raya. Kios yang bersifat sementara pula biasanya dibina di kawasan pameran semasa penganjuran sesuatu acara seperti pameran buku, komputer dan media, dan kawasan pertunjukan awam seperti sambutan hari kemerdekaan dan persembahan hiburan. Bentuk pemasaran seperti ini berfungsi untuk mengagihkan aktiviti pemasaran sesuatu barangan berasaskan jenis, pengeluar dan faktor lain, serta menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil. Selain itu, kios berfungsi memberikan peluang kepada syarikat besar untuk mendekati sasaran barangan secara langsung di samping mendapatkan maklum balas kepada pelanggan mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan.

Kembali ke atas