Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata 'dan'. Ayat mana satu betul. 1)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal, dan sepat. 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Ayat yang betul - 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Tatabahasa07.08.2008
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ?Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri.Makna25.04.2019
PASAR MINI GIRI TEXTILE SDN BHDSila layari http://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan.Lain-lain20.11.2018
bagaimana cara untuk mendapatkan lesen membuka pasar mini?

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain31.10.2017
bagaimana cara untuk mendapatkan lesen untuk membuka pasar mini?

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain31.10.2017
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat m/s 1034. Kata `mini ` mempunyai maksud (1)sangat kecil, sangat pendek. ( 2) sebagai imbuhan awalan asing iaitu juga bermaksud sangat kecil atau singkat. Maka contoh yang diberikan seperti bas mini, karipap mini, pasar mini. Mengapakah `miniskrit` dikatakan betul? Salahkah jika ditulis `skirt mini`kerana l`skrit mini `lebih tepat dari segi hukum D-M?Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah, istilah yang tepat ialah skirt mini. Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan perkataan ini disebabkan oleh kelaziman penggunaannya dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Istilah18.04.2009
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA 2. PUSAT PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 3. PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 4. PUSAT MENJUAL DAN SERVIS LORI 5. TADIKA 6. PASAR MINI TERIMA KASIH.1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA:

ڤوست ممباءيقي ڤڽامن اودارا

2. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PUSAT ALAT GANTI DAN SERVIS LORI DAN BAS. Teks jawinya ialah ڤوست الت ݢنتي دان سرۏيس لوري دان بس

3. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PENJUAL ALAT GANTI DAN PUSAT SERVIS LORI DAN BAS. Teks jawinya ialah ڤنجوال الت ݢنتي دان ڤوست سرۏيس لوري دان بس   

4. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PUSAT JUALAN DAN SERVIS LORI. Teks jawinya ialah ڤوست جوالن  دان سرۏيس لوري

5. TADIKA:

تاديکا

 6. PASAR MINI
  ڤاسر ميني

 

 

Ejaan05.12.2019

Kembali ke atas