Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasat;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intertropical convergence zonezon pumpunan antara tropikaMeteorologiMeteorologi PerhubunganPaksi atau sebahagian paksi arus angin pasat yang lebar di tropika. Paksi ini ialah garis pemisah antara angin pasat tenggara dan angin pasat timur laut yang masing-masing bertiup di Hemisfera Selatan dan Hemisfera Utara. Pada suatu ketika telah dianggap bahawa zon pumpunan antara tropika adalah sepanjang paksi ini. Tetapi sekarang telah disahkan bahawa pumpunan sebenar terjadi di beberapa bahagian paksi ini sahaja. Istilah ini juga dikenali sebagai zon pumpunan khatulistiwa.
trade wind inversionsongsangan angin pasatMeteorologiMeteorologi PerhubunganSongsangan suhu yang berlaku dalam jalur udara angin pasat yang disebabkan oleh ataman udara dari aras tinggi. Songsangan ini memisahkan udara angin pasat dengan udara yang kering dan panas di atasnya.
trade-wind desertgurun angin pasatSainsHidrometeorologi1. Kawasan yang mempunyai curahan hujan yang amat sedikit dan bersuhu tinggi yang terdapat di kawasan angin pasat atau angin yang setara dengannya (seperti harmattan) bertiup didataran. Contoh yang terbaik ialah gurun Sahara dan gurun Kalahari. Angin pasat yang bertiup dari latitud lebih tinggi sangat kering. Kawasan ini hampir tidak berawan langsung di kawasan gurun. 2. Pantai gersang yang menyempadani laut sejuk di persisir barat Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Afrika.
trade windangin pasatSainsHidrometeorologiAngin yang bertiup dari jalur tekanan tinggi subtropika, berpusat pada 30� - 40� utara dan selatan, kearah khatulististiwa. Angin ini bertiup dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di Hemisfera Selatan. Ciri-ciri jalur angin pasat berubah mengikut longitud. Ketunakan angin ini hanya jelas terdapat di jalur latitud yang lebarnya 10� - 15� , berpusat di sekitar 15� utara dan selatan (tetapi berubah mengikut musim), terutamanya di sebelah timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur lautan tropika. Cuaca baik terdapat di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur jalur disebabkan oleh penurunan antisiklon yang nyata yang dialami oleh udara angin pasat. Pada arah khatulistiwa dan kawasan lautan barat jalur ini, kestabilan udara menurun disebabkan oleh penambahan kelengasan; keadaan cuacanya lebih berlawan dan berhujan, dan kadang-kadang menjadi lebih buruk akibat penumpuan mendatar udara dan perkembangan siklon.
trade windangin pasatMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang bertiup dari jalur tekanan tinggi subtropika, berpusat pada 30� - 40� utara dan selatan, kearah khatulististiwa. Angin ini bertiup dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di Hemisfera Selatan. Ciri-ciri jalur angin pasat berubah mengikut latitud dan longitud. Ketunakan angin ini hanya jelas terdapat di jalur latitud yang lebarnya 10� - 15� , berpusat di sekitar 15� utara dan selatan (tetapi berubah mengikut musim), terutamanya di sebelah timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagin timur jalur disebabkan oleh ataman antisiklon yang dialami oleh udara angin pasat. Pada arah khatulistiwa dan kawasan lautan sebelah barat jalur ini, kestabilan udara menurun disebabkan oleh penambahan kelengasan, keadaan cuacanya lebih berlawan dan berhujan, dan kadang-kadang menjadi lebih buruk akibat pumpunan udara secara mendatar, dan perkembangan siklon.
intertropical frontperenggan antara tropikaGeografiTiadaSebuah perenggan di kawasan khatulistiwa di mana berlaku pertembungan Angin Pasat Timur Laut dan Angin Pasat Tenggara, di sebuah zon tekanan rendah.
intertropical convergence zonezon pumpunan antara tropikaSainsHidrometeorologiPaksi atau sebahagian paksi arus angin pasat yang lebar di tropika. Paksi ini ialah garis pemisah antara angin pasat tenggara dan timur laut masing-masing bagi hemisfera selatan dan hemisfera utara). Pada suatu ketika telah dianggap bahawa zon pumpunan antara tropika adalah sepanjang paksi ini. Tetapi sekarang telah disahkan bahawa pumpunan sebenar terjadi di beberapa bahagian paksi ini sahaja. Istilah ini juga dikenali sebagai zon pumpunan khatulistiwa.
low-pressure beltjalur tekanan rendahGeografiTiadaJalur yang dikenal juga dengan panggilan 'palung khatulistiwa, merupakan pertemuan angin pasat timur laut dan angin pasat tenggara.
equatorial easterliesangin timuran khatulistiwaSainsHidrometeorologiAngin pasat diahemisfera musim panas, yang menganjur ke atas sekurang-kurangnya sehingga ke altitud 8 - 10 km dan umumnya tidak diliputi angin baratan atas. Sekiranya angin baratan atas wujud, maka angin pasat menjadi terlalu lemah dan nipis untuk mempengaruhi cuaca. Di hemisfera musim sejuk, angin timuran ini terhad kepada jalur sempit sepanjang khatulistiwa.
antitradeantipasatGeologiTiadaSejenis angin yang bertiup pada aras ketinggian 2000m di dalam lapisan atmosfera tinggi bertentangan dengan angin pasat yang bertiup hampir dengan permukaan bumi. Angin anti pasat juga dikenali sebagai angin baratan.
1234

Kembali ke atas