Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ca] | ڤسچا‌

Definisi : awalan asing sesudah, selepas, setelah, mis pascasiswazah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasca-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Bagaimanakah cara tulis pasca Revolusi Industri yang merupakan kata nama khas? Adakah dieja rapat seperti Pascarevolusi Industri? (Pasca menjadi kata nama khas kerana sebahagian daripada Revolusi Industri) atau pasca-Revolusi Industri? (Alasan saya meletakkan tanda sempang adalah kerana status Revolusi Industri sebagai kata nama khas) Terima kasih.Cara penulisan yang betul ialan Pasca-Revolusi Industri kerana perkataan tersebut merupakan kata nama khas. Walau bagaimanapun, jika merujuk kepada kata nama am, perlu ditulis sebagai pascarevolusi yang membawa maksud selepas atau setelah berlakunya revolusi.Ejaan30.12.2019
Pada masa ini kebanyakan orang menyebut perkataan bertaraf dunia. Adakah orang lain tidak tinggal tinggal di dunia? 2. Kebanyakan orang menyebut pasca sebagai paska. Apa pendapat DBP?Bertaraf dunia bermaksud mempunyai taraf peringkat dunia, satu peringkat yang meluas, tinggi dan menyeluruh. Kata pasca disebut pasca, bukan paska. Kebanyakan orang menyebutnya sebagai paska kerana terikat dengan sebutan dalam bahasa Inggeris, c dilafazkan sebagai k.Lain-lain08.09.2007
Soalan saya- bagaimana penggunaan perkataan 'pasca' apabila digabungkan dengan perbuatan, contohnya pasca dan pemprosesan, perlu letak '-' atau rapatkan atau jauhkan? Untuk pertama kali atau untuk kali pertamaSelamat petang:

1. Yang betul cara penulisan pasca ialah pascapemprosesan
2. Frasa untuk pertama kali atau untuk kali pertama boleh digunakan bergantung pada aspek yang ditekankan atau didahulukan.
 Sekian, terima kasih.

Tatabahasa03.10.2016
Salam. Terima kasih untuk maklum balas sebelum ini. Terdapat beberapa perkataan yang keliru. Boleh tahu untuk perkataan pasca-strok atau pasca strok betul? English version ialah post-stroke. Untuk perkataan 'stroke survivors' saya guna pemandiri strok adakah betul? Untuk perkataan 'hemorrhagic stroke' dalam BM ialah strok perdarahan atau strok pendarahan? Malnutrition lebih sesuai untuk guna malnutrisi atau malpemakanan? Terima kasih.

1. pascastrok
2. Istilah yang diberikan masih belum ada dalam data kami. Cadangan yang sesuai bagi stroke survivor ialah Pemandiri strok.
3. Strok hemoragik
4. Malpemakanan

Istilah15.03.2019
bolehkah ejaan pasca-siswazah , dieja pascasiswazah (dsambungkan terus)Ejaan yang betul ialah pascasiswazah.Ejaan05.02.2014
Assalamualaikum, Tuan, Dalam sesebuah kajian, antara kaedah yang digunakan iala Ujian Pra dan Ujian Pasca. Apakah pandangan DBP tentang penggunaan frasa Ujian Pra dan Ujian Pasca dari segi binaan morfologi?Ejaan yang betul ialah praujian dan pascaujian. Awalan asing "pra" dan  "pasca" yang digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja bercantum dengan perkataan yang mengikutinya. Contoh lain ialah prasiswazah dan pascasiswazah.Ejaan22.05.2013
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya tentang kaedah yang tepat menulis imbuhan pra dan pasca. Pengguna Bahasa Malaysia menulis imbuhan ini sama ada dijarakkan, ada sempang atau didekatkan dengan perkataan yang hendak diimbuhkan. Mana satukah cara penulisan yang betul? i. praijazah dan pascaijazah ii. pra-ijazah dan pasca-ijazah iii. pra ijazah dan pasca ijazah Terima kasih.Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti praijazah, pascaijazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia).Tatabahasa16.06.2009
Boleh tak imbuhan pinjaman seperti ' pra' dan 'pasca' bertindak sebagai morfem bebas seperti' anti', 'pro' dan 'kontra'?Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Awalan 'pasca' ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sesudah.Tatabahasa01.03.2011
Perkataan pasca ialah sebuah awalan, tapi bolehkah saya gunakannya seperti ini: "Mereka ialah generasi pasca tahun 90-an""Mereka ialah generasi pascatahun 90-an" merupakan ayat yang betul.Tatabahasa09.03.2017
Manakah antara berikut adalah betul? (a) Praujian atau ujian pra? (b) Pascaujian atau ujian pasca? Banyak tesis masih menggunakan ujian pra dan ujian pasca walaupun DBP menggunakan praujian dan pascaujian.Yang betul ialah praujian dan pascaujian.Tatabahasa14.10.2010
1234

Kembali ke atas