Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sif] | ڤاسيف

Definisi : 1. menerima pengaruh (tidak mempe­ngaruhi), tidak giat (melawan dll), lwn aktif: menunjukkan sifat yg beku dan ~ terhadap kegiatan sosial; 2. (Lin) bkn bentuk kata kerja yg digunakan apabila subjek dipengaruhi atau menjadi sasaran perbuatan pd kata kerja, mis Ahmad dikejar lembu; 3. Id pengeluaran lebih drpd penerimaan; mempasifkan 1. menyebabkan tidak aktif: lapisan sulfida dapat ~ tampalan gigi dan mengurangkan kakisan; 2. (Lin) menjadikan ayat atau kata kerja dlm bentuk pasif: ayat yg mengandungi objek boleh dipasifkan; kepasifan perihal pasif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sif] | ڤاسيف

Definisi : 1 bersikap menerima saja tanpa memberikan tindak balas; tidak aktif: Guru sering menghadapi masalah utk membimbing murid-murid yg ~. 2 ist bentuk ayat yg menunjukkan subjeknya menderita atau menerima kesan sesuatu perbuatan: ayat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasif


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bentuk pasif-Dewan Bahasa1 June 2001
Ayat pasif tatabahasa Dewan lawan Asmah Haji OmarAb. Naim KassanDewan Bahasa1 January 2003
Ayat pasif: mengapa bermasalah bagi pelajar bukan Melayu?V. SandrasegaranPelita Bahasa1 November 1989
Ayat pasif Ter: Satu tinjauanAbdul Ghalib YunusJurnal Dewan Bahasa1 December 1997
Ayat pasif-bentuk dan pengajarannyaNik Safiah KarimDewan Bahasa1 July 1988
Struktur pasif dalam dialek Melayu SarawakBhaludin SalehDewan Bahasa1 August 1983
Ayat Pasif Bahasa MelayuWahyuni Widya PutriJurnal Dewan Bahasa1 May 1993
Struktur pasif dalam laporan kemalanganAbdul Ghalib YunusPelita Bahasa1 August 1993
Ayat pasif sebagai unsur gaya bahasaAwang SariyanDewan Siswa1 September 1994
Ayat pasif untuk kelancaran bahasaAwang SariyanDewan Siswa1 November 1988
123456

Kembali ke atas