Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sif] | ڤاسيف

Definisi : 1. menerima pengaruh (tidak mempe­ngaruhi), tidak giat (melawan dll), lwn aktif: menunjukkan sifat yg beku dan ~ terhadap kegiatan sosial; 2. (Lin) bkn bentuk kata kerja yg digunakan apabila subjek dipengaruhi atau menjadi sasaran perbuatan pd kata kerja, mis Ahmad dikejar lembu; 3. Id pengeluaran lebih drpd penerimaan; mempasifkan 1. menyebabkan tidak aktif: lapisan sulfida dapat ~ tampalan gigi dan mengurangkan kakisan; 2. (Lin) menjadikan ayat atau kata kerja dlm bentuk pasif: ayat yg mengandungi objek boleh dipasifkan; kepasifan perihal pasif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sif] | ڤاسيف

Definisi : 1 bersikap menerima saja tanpa memberikan tindak balas; tidak aktif: Guru sering menghadapi masalah utk membimbing murid-murid yg ~. 2 ist bentuk ayat yg menunjukkan subjeknya menderita atau menerima kesan sesuatu perbuatan: ayat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila berikan ayat aktif, pasif, pasif songsang. ayat transitif dan ayat tak transitifMenurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif san ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif0 Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Ali. Ayat Transitif - ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau pun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. ayat tak transitif-Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.Makna23.08.2006
Mengapakah ayat "Kain itu belum berlipat." merupakan ayat pasif? Ayat pasif terbit daripada ayat aktif, contohnya ayat pasif "Buku cerita itu telah dibacanya." adalah terbit daripada ayat aktif "Dia telah membaca buku cerita itu." Sila nyatakan ayat aktif bagi ayat "Kain itu belum berlipat." Terima kasih."Kain itu belum berlipat" sama dengan "kain itu belum dilipat". Bentuk aktifnya ialah "(Dia) belum melipat kain".Tatabahasa31.07.2007
Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul dan kenapa?Kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Ayat yang kedua ialah ayat pasif songsang.Tatabahasa14.02.2011
salam sejahtera..saya ingin bertanyakan berkaitan ayat pasif. adakah ayat pasif diterbitkan dari ayat aktif? atau sebaliknya..sila berikan beberapa contohTida semestinya ayat pasif berasal dari ayat aktif, cuma ada ayat aktif boleh ditukar kepada bentuk pasif untuk mepelbagai bentuk ayat. Untuk keterangan lanjut dan contoh-contohnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, m.s. 462-471Tatabahasa31.08.2007
Apakah ciri-ciri ayat pasif?Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.Tatabahasa07.05.2007
Bentuk pasif yang betul ialah "Batu itu saya tersepak." Untuk maklumat lanjut tentang awalan "ter-", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 170 - 175. Itu ialah jawapan tuan tentang bentuk kata kerja pasif dalam binaan ayat apabila menggunakan kata ganti nama diri orang pertama. Dalam Tatabahasa Dewan m/s 170-175 tiada penerangan khusus tentang penggunaan 'saya' dalam ayat pasif dengan kata kerja pasif 'ter'. Untuk pengetahuan tuan, jawapan tuan tidak konsisten. Pada masa yang lain tuan jawab begini Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. (21.09.2012). Adakah adanya kata nafi 'tidak' membenarkan alasan jawapan tuan? Masalah utamanya ialah PRPM ruangan Khidmat Nasihat sering menjadi rujukan pelajar dan pengguna bahasa tentang pelbagai masalah bahasa dan jawapan tuan menjadi pegangan mereka. Jawapan yang tidak konsisten menyukarkan guru-guru untuk menjelaskan masalah kebahasaan seperti yang saya nyatakan. Sebanarnya yang mana jawapan yang betul?Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Setelah berbincang dengan munsyi dewan, ayat yang betul ialah "Batu itu tersepak oleh saya." 

Kekeliruan timbul apabila melibatkan ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama iaitu saya. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga.


Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 490.
Tatabahasa09.09.2013
Salam Sejahtera, "Kami setujui dengan cadangan Sanjay" dikategorikan sebagai ayat pasif songsang atau ayat aktif ? kalau ayat pasif songsang, maksudnya ayat pasif ialah " Dengan cadangan Sanjay kami setujui."? Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan "dengan"? Sekian , terima kasih.Kata sendi nama/kata hubung "dengan" boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, subjek dan predikatnya. Contohnya: Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa persatuan kami akan menganjurkan seminar tersebut.Tatabahasa25.10.2017
hi assalamualaikum tuan saya seorang pelajar tingkatan3 soalan saya ialah cara menggunakan "oleh" adakah oleh mesti wujud dalam ayat pasif? imbuhan ter- membawa maksud pasif ke?

Pengunaan kata sendi nama oleh boleh digugurkan atau kekal dalam ayat pasif bergantung pada binaan ayat dan kata kerja pasif yang digunakan seperti yang berikut: 1. Ayat pasif dengan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN (frasa Nama) yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat, contohnya: (a) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. /Barang itu sudah diambil Ali semalam. Namun demikian, jika binaan oleh + FN terletak jauh dari kata kerja, maka oleh perlu kekal dalam ayat, contohnya: (b) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali. 2. Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Contoh ayat: Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.  3. Ayat pasif yang dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-…-an, kata sendi nama oleh + FN tidak diperlukan. Contohnya ayat:(a) Mereka kehujanan sepanjang hari  dan (b) Baju itu berjahit dengan benang sutera.  Ya, imbuhan ter- membawa maksud pasif. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman: 489 – 493).

Tatabahasa29.11.2021
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul?Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat:  Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Tatabahasa14.02.2011
1.Mereka sudah mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul semalam.( aktif) 2.Teknik menjawab soalan dengan betul sudah dipelajari mereka semalam.(pasif) 3.Teknik menjawab soalan sudah dipelajari semalam dengan betul(pasif). ayat pasif no. 3 betulkah? atau ayat no 2 lebih tepat?Ayat no.2 lebih tepat.Tatabahasa04.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas