Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sif] | ڤاسيف

Definisi : 1. menerima pengaruh (tidak mempe­ngaruhi), tidak giat (melawan dll), lwn aktif: menunjukkan sifat yg beku dan ~ terhadap kegiatan sosial; 2. (Lin) bkn bentuk kata kerja yg digunakan apabila subjek dipengaruhi atau menjadi sasaran perbuatan pd kata kerja, mis Ahmad dikejar lembu; 3. Id pengeluaran lebih drpd penerimaan; mempasifkan 1. menyebabkan tidak aktif: lapisan sulfida dapat ~ tampalan gigi dan mengurangkan kakisan; 2. (Lin) menjadikan ayat atau kata kerja dlm bentuk pasif: ayat yg mengandungi objek boleh dipasifkan; kepasifan perihal pasif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sif] | ڤاسيف

Definisi : 1 bersikap menerima saja tanpa memberikan tindak balas; tidak aktif: Guru sering menghadapi masalah utk membimbing murid-murid yg ~. 2 ist bentuk ayat yg menunjukkan subjeknya menderita atau menerima kesan sesuatu perbuatan: ayat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAT PASIF

Ayat pasif ialah ayat yang subjeknya dikenakan perbuatan. Misalnya, dalam ayat “Bola itu ditendang oleh Amin, subjek Bola itu dikenakan perbuatan ditendang. Menurut Za’ba, ayat pasif dinamakan ayat bangun kena buat.

BAHASAKonsep
PULAU EASTER

Pulau Easter ialah pulau di Lautan Pasifik

Selatan yang terkenal sebagai tempat terdapatnya

patung gergasi manusia yang diukir sejak ratusan

tahun yang lalu. Pulau ini terletak kira-kira 3700

kilometer ke bahagian barat Chile. Untuk lokasinya,

lihat Kepulauan Pasif i k (peta). Pulau Easter

diperintah oleh kerajaan Chile sejak tahun 1888.

UMUM 

Kembali ke atas