Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.pot] | ڤسڤورت

Definisi : 1. dokumen (mengandungi butir-butir peribadi) yg didapati drpd kerajaan oleh seseorang warganegara utk dibawa apabila ke luar negeri; 2. sesuatu (kelayakan dsb) yg dianggap membolehkan seseorang diterima masuk tanpa halangan dlm mana-mana bidang (kegiatan dll) yg diingininya: sebilangan besar ibu bapa menganggap bahawa kelulusan SPM, STPM, atau kelulusan ijazah merupakan ~ utk memasuki dunia pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pas.pot] | ڤسڤورت

Definisi : surat keterangan dan kebenaran yg dikeluarkan oleh kerajaan utk orang-orang yg pergi ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasport


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASPORT

Pasport ialah dokumen perjalanan yang menjadi

pengenalan diri bagi pemegangnya sebagai

warganegara negara yang mengeluarkan dokumen

tersebut. Pasport juga meminta negara lain

memberikan laluan yang selamat dan segala

bantuan dan perlindungan undang-undang kepada

pemegangnya. Kadang-kadang pasport hendaklah

mempunyai visa (pengesahan rasmi) dari negara

yang hendak dikunjungi oleh seseorang sebelum

dia dibenarkan masuk ke negara tersebut (lihat

Visa).

UMUM 
AGENSI PELANCONGAN

Agensi pelancongan ialah perniagaan yang

membantu mengatur perjalanan dan percutian

orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang

berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi

pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan

pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk

melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini

juga menawarkan panduan bagi pelanggannya

untuk memperoleh pasport dan visa yang

diperlukan untuk melancong ke luar negara.

Agensi pelancongan juga memberikan maklumat

tentang undang-undang dan peraturan sesebuah

negara kepada pelanggannya. Agensi ini

mengatur pelancongan untuk orang

perseorangan atau secara berkumpulan.

UMUM 

Kembali ke atas